Peranti

CANON SASAR JUALAN RM720 JUTA PADA 2015

Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon), peneraju dalam pasaran pencetak inkjet di Malaysia sejak 19 tahun lalu optimis mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 720 juta pada tahun ini.

SONY DSC

“Ini merupakan  pertumbuhan sebanyak 10 peratus berbanding 2014. Sebanyak 40 peratus daripada angka itu disumbang oleh jualan rangkaian produk pencetak,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon, Wataru Nishioka.

Nishioka ditemui di majlis pelancaran sub jenama baharu untuk pencetak multi fungsi dan fungsi tunggal, Canon MAXIFY ke pasaran Malaysia. MAXIFY direka untuk menggandakan produktiviti serta menawarkan penjimatan kos buat pengendali perniagaan SOHO.

SONY DSC

Pelancaran MAXIFY merupakan satu keputusan strategik Canon Inc.  untuk meningkatkan perkongsian pasarannya dalam perniagaan pencetak di peringkat global.

Sedia maklum bahawa jenama PIXMA dan imageCLASS Canon telah menjadi asas kepada kreativiti dan inovasi dalam pasaran pencetak di peringkat global sejak sekian lama melalui pengenalan teknologi termaju Canon.

SONY DSC

Kini, dengan pelancaran MAXIFY yang dilihat tepat pada masanya, Canon yakin dapat menembusi pasaran dengan lebih baik kerana ia mampu memenuhi keperluan pencetakan yang spesifik dalam sektor awam dan swasta.

Sebagai tanda pengenalan sub jenama tersebut, Canon telah melancarkan tiga model  pencetak multi fungsi iaitu MAXIFY MB5370 dan MAXIFY MB5070 serta pencetak fungsi tunggal MAXIFY iB4070. Bukan itu sahaja, Canon turut memperkenalkan Pencetak baharu Tanpa Wayar Semua dalam Satu (Wireless All-In-One, AIO) PIXMA Ink Efficient E480.

SONY DSC

Dengan mengadaptasi teknologi Canon, MAXIFY membolehkan para pelanggan di SOHO dan mereka yang mempunyai pejabat di rumah mendapat manfaat daripada empat ciri utama model-model pencetak ini.

Antaranya, penjimatan kos sehingga 50% untuk setiap cetakan, kapasiti dakwat hitam XL yang mampu mencetak sehingga 2,500 halaman dan cetakan pantas, Quick First Print dalam tempoh hanya tujuh saat.

SONY DSC

Sementara ciri MAXIFY Cloud Link pula memudahkan urusan mengimbas kepada e-mel, webmail, Google Drive atau OneDrive. Sebagai tambahan, model-model ini didatangkan dengan jaminan di lokasi selama 3 tahun.

Mengulas mengenai GST, Nishioka memberitahu bahawa pihaknya tidak dapat mengelak daripada impak akibat pelaksanaan sistem cukai itu.

SONY DSC

“Mungkin akan ada sedikit penurunan jualan. Namun, Canon akan meminimumkan impak itu dengan menawarkan promosi-promosi menarik. Langkah ini tidak melibatkan pengubahsuaian harga, harga barangan akan mengalami kenaikan sebanyak enam peratus. Jadi, kami akan memberi lebih banyak nilai tambah kepada pelanggan,” kata Pengurus Kanan Pemasaran Canon, Sandy Lee.

MAXIFY MB5370 ditawarkan pada harga RM1,108, MB5070 berharga RM908 dan iB4070 cuma RM518 seunit. Pencetak-pencetak ini boleh didapati di cawangan sah Canon yang terpilih mulai Mac 2015. Harus tahu bahawa harga itu akan berubah selepas pelaksaan GST tidak lama lagi. Jadi, jangan berlengah lagi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button