Peranti

ELEGAN EMAS HTC ONE

Bermula 28 Januari 2014, para penggemar telefon pintar HTC One boleh menambah satu lagi koleksi menarik. 

HTC One_Gold_Generic Poster-01

Jika sebelum ini, model ternama jenama itu ditampilkan dalam warna perak, hitam dan merah yang memukau, kini HTC One hadir dalam percikan rona emas yang lebih eksklusif. Percikan sedikit warna hitam pada beberapa bahagian kecil model tersebut membuatkan kilauan rona emas tambah menyerlah dan elegan.

HTC One_Gold_Back

“Kami amat berbesar hati kerana menerima pelbagai anugerah untuk HTC One yang turut diangkat sebagai Telefon Pintar Terbaik bagi tahun 2013. Model ini menempa banyak kejayaan di peringkat global kerana menggunakan besi sebagai binaan keseluruhannya.

“Kini, kami memberi satu lagi kejutan kepada pengguna HTC menerusi pengenalan HTC One yang bersalut warna emas,” jelas Presiden HTC Asia Selatan, Jack Yang.

HTC One_Gold_3V

Menerima banyak pengiktirafan antarabangsa untuk rekaan menawannya, HTC One sememangnya diakui sebagai telefon pintar yang menyerlah dari segi kemasan dan rekaan besi pada rangka badannya. Justeru, penambahan warna emas pada model hebat itu memang dinanti-nantikan pengikut mereka dan menjadi item wajib untuk dimiliki pada awal 2014.

HTC One_Gold_PerLeft

Pengenalan HTC One rona emas juga dilihat sejajar dengan Tahun Kuda yang mengisi giliran dalam kalendar orang Cina pada tahun ini. Sebagai haiwan yang terkenal dengan simbol kekayaan dan penuh misteri, adaptasi ciri tersebut ke dalam tambahan baharu HTC One dirasakan signifikan dan menepati tema musim perayaan ini.

Seperti model HTC One yang lain, ia turut dilengkapi fungsi utama seperti HTC BlinkFeed, HTC BoomSound dan HTC Zoe. Kini ia boleh didapati di pusat-pusat perkhidmatan Maxis dan Digi. Menjelang hujung Februari, ia juga akan ditawarkan di pasaran terbuka.

HTC One_Gold_6V

HTC One berwarna emas ditawarkan pada harga runcit RM2,199. Bagaimanapun pengguna digalakkan untuk menyemak dengan operator talian sama ada Maxis atau Digi memandangkan masing-masing menawarkan kadar pelan yang berbeza.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button