HTC Jadi Penyedia Telefon Eksklusif Liga Eropah

SHARE

Kerjasama selama tiga musim HTC dengan liga juara-juara Uefa dan liga eropah

Peneraju global dalam bidang inovasi mobil dan reka bentuk, HTC baru-baru ini mengumumkan perjanjian selama tiga tahun yang menyaksikannya menjadi rakan pembekal telefon global rasmi kepada Liga Juara-juara UEFA dan Liga Eropah UEFA. 

Bermula pada Januari 2013, kerjasama tersebut akan meletakkan HTC di tengah-tengah persaingan bola sepak paling elit di dunia. Kerjasama itu juga membolehkan HTC menyediakan cara baru dan inovatif kepada para peminat di seluruh dunia untuk melihat aksi bola sepak secara lebih dekat.

Sama ada menonton perlawanan di stadium atau menyaksikan kandungan di peranti HTC, para peminat tidak akan terlepas apa jua momen atau aksi.

“Sukan bola sepak membangkitkan keghairahan di seluruh dunia. Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan salah satu jenama peneraju sukan di dunia. HTC akan bekerjasama rapat dengan UEFA untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada semua peminat bola sepak. Di samping menyediakan pengalaman mobil yang lebih bermakna,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou.

Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino berkata, “Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran HTC ke dalam keluarga Liga Juara-juara UEFA. Menerusi kerjasama ini, UEFA dan HTC akan sama-sama mempromosikan bola sepak kelab Eropah kepada audien di seluruh dunia. Ia juga memberi peluang kepada para peminat untuk lebih hampir dengan perlawanan ini.

“Kami sangat menghargai sokongan dan komitmen HTC. Kami percaya penglibatan dalam pertandingan ini akan meningkatkan profil jenama HTC pada skala global.”

Kerjasama ini dilihat selari dengan tradisi HTC yang kerap bekerjasama dengan peneraju dalam dunia muzik, pengimejan, reka bentuk dan sukan yang menjadi minat para pengguna di seluruh dunia.

Selain kerjasama dengan Liga Juara-juara UEFA dan Liga Eropah UEFA, HTC turut menjadi rakan penyedia telefon pintar global rasmi untuk UEFA Super Cup Final tahun 2013 dan 2014, serta UEFA Women Champions League Final pada 2013, 2014 dan 2015.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari laman web: www.htc.com.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top