Peranti

LENOVO PHAB PLUS – RM1,199!

Lenovo semalam memperkenalkan phablet premium, Lenovo PHAB Plus.  

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (10)

Disasarkan kepada golongan muda, peranti ini menghapuskan dilema sama ada untuk memiliki telefon pintar berskrin besar atau tablet kecil. Bersaiz 6.8 inci, ia menawarkan hiburan terbaik, internet yang laju dan bateri lebih tahan lama.

“Lenovo PHAB Plus menggabungkan keseronokan penggunaan tablet dengan aspek mudah dibawa sebuah telefon pintar dalam bentuk uni-body metalik yang bergaya.

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (7)

“Tidak seperti phablet lain, Lenovo PHAB Plus tampil dengan paparan HD penuh dioptimumkan untuk kegunaan sebelah tangan, di samping pengalaman tontonan dan bunyi yang tiada tandingan pada harga sangat kompetitif,” kata Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan.

Sebagai sebuah telefon pintar, Lenovo PHAB Plus memenuhi keperluan pengguna dengan keupayaan Dual SIM dan ketersambungan pantas 4G LTE. Ia dikuasakan oleh sistem operasi Android™ v5.0 (Lollipop).

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (4)

Untuk merakam imej dan video, Lenovo PHAB Plus didatangkan dengan kamera 13MP di belakang dan 5MP di hadapan. Fungsi Panorama Selfie dan dua flash membantu pengguna merakam gambar dengan cahaya semula jadi.

Pengguna korporat pasti menyukai ciri Smart Tool yang membolehkan foto untuk pembentangan diambil dari mana-mana sudut, sebelum diubahsuai bagi mendapatkan hasil terbaik.

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (1)

Sama ada anda kidal atau tidak, phablet ini mudah digunakan dengan sebelah tangan. Papan kekunci akan mengecil dan menjawab panggilan juga menjadi lebih mudah.

Dengan bateri berkapasiti 3,500mAh, Lenovo PHAB Plus menawarkan masa bercakap 24 jam dan tempoh sedia selama 20 hari.

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (14)

Memandangkan tablet ini memberi tumpuan kepada aspek hiburan, paparan HD penuh itu memiliki definisi 326ppi. Dengan memori 32GB serta sesuai untuk semua kandungan HD seperti foto, filem dan permainan video, anda kini boleh menikmati hiburan di mana-mana sahaja.

Teknologi In-Plane Switching (IPS) menyediakan sudut tontonan yang luas. Selain meningkatkan kejelasan warna ketika menonton video atau kandungan media lain.

Lenovo-PHAB Plus-mekanika (2)

Peminat permainan video harus mempertimbangkan Lenovo PHAB Plus. Sebabnya, peranti ini dikuasakan oleh chip Qualcomm Snapdragon® 615 octa-core dengan memori 2GB yang menawarkan paparan yang lancar.

Hadir dalam dua warna menarik iaitu kelabu dan emas, Lenovo PHAB Plus boleh didapati di semua Stor Eksklusif Lenovo dan peruncit Lenovo pada harga RM1,199 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button