Peranti

MALAS PERGI KEDAI? BELI MOTOR DENGAN 11STREET!

Sekarang, anda sekarang tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk membeli sebuah motosikal.

11street-buy-motorbike-mekanika (3)

Menerusi laman web jual beli 11street (www.11street.my), terdapat banyak pilihan motosikal yang boleh anda beli dengan hanya berada di depan komputer.

11street-buy-motorbike-mekanika (6)

Selepas melihat buat seketika, laman web ini menawarkan pilihan motosikal yang agak luas daripada jenama Honda, Modenas dan SYM. Jenama lain seperti Kawasaki dan Yamaha pun ada, tetapi pilihannya terhad. Jangan terkejut, Yamaha R6 pun ada dijual di sini OK!

11street-buy-motorbike-mekanika (1)

Seperti laman web membeli-belah yang lain, kaedah pembayarannya adalah menggunakan kad kredit. Jadi,anda boleh membeli motosikal ini menggunakan kad kredit dengan pakej bayaran insurans 0% sehingga 36 bulan.

Antara bank yang menawarkan pakej itu ialah Maybank, Public Bank dan Citibank (bergantung kepada motosikal yang dipilih).

11street-buy-motorbike-mekanika (7)

Lebih menarik lagi, motosikal ini turut diberi potongan harga dari 1 hingga 8 peratus bergantung kepada model. Malah, harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai jalan dan insurans.

Harus tahu bahawa motosikal ini dijual oleh syarikat AHM Motorsports yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Memandangkan ini motosikal dan bukannya tudung Paridah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan lesen memandu.

11street-buy-motorbike-mekanika (2)

Motosikal ini akan didaftarkan di JPJ Kuala Lumpur. Anda perlu mengambil sendiri motosikal selepas semua urusan selesai.

Amacam? Mau try?

Google ads
Back to top button