Peranti

Mobileye hindar pelanggaran

Peranti amaran kemalangan untuk semua kenderaan

Jika anda pernah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan, sama ada sebagai pemandu/penumpang kenderaan, pengguna jalan raya atau pejalan kaki, tentunya anda akan menghargai peranti atau sistem sokongan pemanduan yang mampu menghindarkan kejadian seperti itu daripada berlaku.

Banyak kenderaan moden dan premium kini sudah dilengkapi dengan ciri berkenaan. Misalnya sistem amaran pejalan kaki dan amaran pertukaran laluan yang ada pada kebanyakan kenderaan Volvo.

Namun kini, ciri berkenaan tidak lagi eksklusif untuk kegunaan kenderaan dengan ciri premium sahaja. Mobileye, pengeluar peranti yang menggunakan teknologi sama kini membolehkan sistem berkenaan dipasang pada mana-mana kenderaan sekalipun.

Di Malaysia, Mobileye C2-270 yang dibangunkan di Belanda kini dipasarkan oleh Eltek Solutions. Antara fungsi sistem ini termasuklah:

1.    Pedestrian Collision Warning (PCW)

Memberi amaran awal jika terdapat pejalan kaki atau penunggang basikal melintas di hadapan kenderaan anda secara mengejut.

2.    Urban Forward Collision Warning (UFCW)

Memberi amaran jarak selamat di antara kenderaan anda dan kenderaan hadapan ketika trafik sesak atau ketika menunggu di lampu isyarat. Kadangkala kita terleka menggunakan telefon bimbit sehingga tidak sedar kenderaan kita bergerak perlahan dan melanggar kenderaan hadapan.

3.    Forward Collision Warning (FCW)

Memberi amaran kecemasan atau kritikal jika kenderaan di hadapan anda memperlahankan kenderaan secara mengejut atau membrek secara tiba-tiba.

4.    Headway Monitoring & Warning (HMW)

Memberi jarak selamat ketika mengekori kenderaan hadapan bagi mengelakkan pelanggaran dan mengekalkan kelancaran trafik. Jarak selamat ini boleh diubah atau dilaras bergantung pada cara pemanduan pemandu.

5.    Lane Departure Warning (LDW)

Memberi amaran jika anda mengantuk atau terbabas dari lorong kenderaan anda. Ciri ini tidak akan mengeluarkan amaran jika anda menukar laluan dengan bijak iaitu selepas menyalakan lampu isyarat membelok ke kiri atau kanan. Ciri ini secara tidak langsung mendidik cara pemanduan berhemah.

6.    Intelligent High-Beam Control (IHC)*

Berfungsi secara automatik pada malam hari dengan mengaktifkan lampu tinggi kenderaan anda jika tiada kenderaan di hadapan. IHC akan melaras kembali lampu rendah jika terdapat trafik di hadapan bagi mengelakkan silau lampu tinggi dari kenderaan anda.

7.    Speed Limit Indication (SLI)*

Mengesan papan tanda had laju kebangsaan secara masa nyata. Ia akan memberi amaran jika kenderaan dipecut melebihi had laju tersebut, sekali gus mengelakkan anda menerima saman had laju.

*Ciri ini boleh diaktifkan dan dimatikan mengikut kehendak pemandu.

** Pengguna boleh melaras atau menutup semua tahap amaran audio pada bila-bila masa kecuali pada ciri kritikal iaitu FCW dan UFCW. Tahap amaran audionya akan dikekalkan pada tahap standard. 

Harga jualan peranti ini bermula pada RM2,600 dan mengambil masa dari satu hingga dua jam untuk proses pemasangan, bergantung kepada model kenderaan. Maklumat lanjut berkenaan jaminan dan yang berkaitan, layari laman web: ww.eltek.com.my
[hr top]

PDF
[hr_invisible]

Mobileye C2-270 Quick Reference Guide

Mobileye C2-270 Technical Spec v1.4
[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button