Peranti

NOKIA X – RM399!

Anda mahukan telefon pintar yang tidak terlalu mahal tetapi tetap mempunyai ciri yang bagus? Nokia X mungkin jawapannya. 

SONY DSC

Nokia baru-baru ini melancarkan Nokis X yang merupakan sebahagian daripada keluarga Nokia X (Nokia XL & Nokia X+) ke pasaran Malaysia. Nokia X adalah hasil daripada Android Open Source Project yang menawarkan akses kepada ratusan ribu aplikasi Android.

Maksudnya, pengguna bole memuat turun aplikasi daripada Nokia Store dan stor aplikasi pihak ketiga. Melihat fizikalnya, Nokia X bersaiz empat inci, senipis 10.4mm dan dibalut oleh pelindung tahan lasak yang boleh ditukar dengan warna berbeza.

SONY DSC

Telefon pintar Nokia mampu milik itu menampilkan skrin paparan anti calar IPS. Menggunakan Plaform Perisian Nokia X, ia dikuasakan oleh pemproses 1Ghz dual core Qualcomm Snapdragon.

Nokia X menampilkan paparan antara muka berbentuk jubin yang diinspirasikan daripada keluarga Nokia Lumia. Skrin sentuh capacitive juga begitu responsif. Bagi memudahkan pengguna, telefon pintar itu didatangkan dengan ciri Fastlane. Ia membolehkan anda mencapai aplikasi kegemaran dengan lebih pantas.

Nokia-X-RM399-Mekanika (11)

Peranti itu juga menawarkan pengguna untuk menggunakan pelbagai pengalaman  signatur telefon pintar Nokia. Misalnya, penstriman muzik secara percuma menerusi Mix Radio, peta/navigasi dengan Here, selain perkhidmatan Microsoft seperti Skype dan penstoran cloud percuma OneDrive.

“Malaysia ialah antara negara paling awal memperkenalkan Nokia X. Dengan ciri Fastlane, pengalaman signatur Nokia dan aplikasi Android, Nokia X pasti menjadi peranti terbaik untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan.

SONY DSC

Selain aplikasi-aplikasi tersebut, Nokia X juga bekerjasama dengan aplikasi LINE.  Selari dengan pelancaran Nokia X dan akaun rasmi Nokia Malaysia dalam LINE iaitu NokiaMY, sebanyak 50 unit Nokia X ditawarkan sebagai hadiah.

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam peraduan tersebut dengan hanya memuat turun aplikasi LINE daripada Nokia Store dan ikuti NokiaMY untuk mendapatkan pembayang tugasan yang perlu diselesaikan.

Nokia-X-RM399-Mekanika (8)

Nokia X sudah boleh didapati di Lembah Klang mulai minggu depan dan di seluruh negara seminggu kemudian. Peranti itu didatangkan dalam warna hijau, merah hitam dan putih. Ia ditawarkan pada harga RM399 sahaja!

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan awal mulai hari ini hingga 31 Mac 2014 dan layak menerima hadiah bernilai RM50.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button