Peranti

NOTE7 TERBAKAR, INI KENYATAAN RASMI SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS

Berikutan laporan beberapa kes telefon pitar terbaharunya, Galaxy Note7 terbakar dan cair  ketika dicaj, Samsung telah menjalankan siasatan terperinci dan mendapati masalah itu berpunca daripada sel bateri.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (7)

Sehingga 1 Sptember lalu, sebanyak 35 kes telah dilaporkan di seluruh dunia. Memandangkan keselamatan pengguna menjadi keutamaan, Samsung Malaysia Electronics (SME) mengambil langkah untuk menghentikan jualan Note7 secara serta-merta.

Bagi pelanggan yang sudah membelinya, SME akan menukar telefon pintar itu dengan yang baru dalam masa beberapa minggu lagi. Pelanggan boleh menghubungi SME di talian 1-800-88-7799 sebelum membuat penukaran.

Samsung-Forum-South-East-Asia-2016-mekanika (2)

“Kami akan memastikan proses penukaran ini semudah yang mungkin kepada pelanggan,” kata SME.

Sehingga kini, Samsung telah menjual kebih satu juta unit Note7 di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.  Isu ini menjadi perhatian ramai selepas beberapa orang pengguna memuat naik gambar dan video di media sosial yang menunjukkan Note7 mereka terbakar dan cair.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (1)

Situasi itu membuatkan Samsung terpaksa menggantung bekalan dan edaran Note7, selain menangguhkan jadual pelancarannya di beberapa pasaran Eropah.

kredit foto: nerdsmagazine.com

Google ads
Back to top button