Samsung Galaxy Camera

SHARE

Kolaborasi terbaik di antara kamera dan laman web sosial.

Dengan kamera terkini Samsung, fotografi tidak lagi sama seperti dahulu. Dikenali sebagai Samsung Galaxy Camera, ia membolehkan anda mengintegrasikan proses merakam, menyunting dan berkongsi imej berkualiti tinggi menggunakan satu peranti sahaja.

Harus diakui bahawa Samsung Galaxy Camera dibina untuk menepati trend komunikasi visual semasa. Peranti ini menggabungkan prestasi fotografi  terbaik melalui ketersambungan (connectivity) 3G dan WiFi yang dikuasakan oleh platform terkini Android™ 4.1, juga dikenali sebagai Jelly Bean. 

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Ketersambungan tersebut membolehkan pengguna berkongsi momen istimewa secara serta-merta dengan keluarga dan rakan-rakan di laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram.

Platform Jelly Bean pula mengubah Samsung Galaxy Camera menjadi sebuah peranti untuk melayari Internet dan akses kepada lebih 600,000 aplikasi yang ada dalam Google Play.

Bagi memastikan gambar yang dirakam adalah jelas yang berkualiti tinggi, kamera ini dilengkapi kanta optical zoom 21X dan sensor 16 mega pixel BSI CMOS. Ia juga hadir bersama pemproses 1.4 gigahertz quad-core, memori 8GB serta satu slot yang boleh ‘membaca’ micro SDSC, micro SDHC dan micro SDXC.

Paparan sentuh  definisi tinggi bersaiz 4.8 inci (4.8” HD Super Clear Touch Display) pula membenarkan pengguna untuk terus merakam dan menyunting imej menerusi ciri Photo Wizard. Photo Wizard memiliki 35 peralatan (tool) untuk anda menyunting gambar.

Tidak biasa dengan setting manual dan ciri kamera? Jangan risau, teknologi Smart Mode menyelesaikan masalah itu kerana ia membolehkan anda merakam gambatr seperti seornag jurugambar profesional dengan hanya menekan satu butang.

“Pelancaran Samsung Galaxy Camera membuktikan bahawa kamera telah mengalami revolusi. Justeru, kami merevolusikan komunikasi visual menerusi Samsung Galaxy Camera yang memberi kebabasan kepada pengguna untuk merakam gambar berkualiti di mana-mana sahaja dan berkongsi momen istimewa itu dengan ahli keluarga atau rakan-rakan,” kata Pengarah Urusan  Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd.,  Kwon Jae Hoon.

Buat masa sekarang, Maxis Berhad ialah penyedia perkhidmatan rasmi untuk Samsung Galaxy Camera. Maxis kini menawarkan pek SIM Hotlink Broadband kepada 5,000 unit kamera pertama yang dijual. Dengan mengaktifkan pek SIM bernilai RM30, anda akan menerima data sebanyak 2GB, penyimpanan peribadi cloud Loker berjumlah 25GB dan tempoh sah SIM selama setahun.

Boleh didapati di semua pengedar sah Samsung di seluruh negara, Samsung Galaxy Camera ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam pada harga RM1,899 seunit.

Gallery

[hr_invisible]


 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top