Peranti

SAMSUNG GALAXY NOTE7 – DI PASARAN 19 OGOS DEPAN, HARGA RM3,199 SEUNIT!  

Baru-baru ini, Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan model flagship yang ditunggu-tunggu, Galaxy Note7.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (22)

Pengenalan itu jelas membuatkan segmen phablet kembali meriah. Pastinya rakyat Malaysia tidak sabar untuk memiliki telefon pintar antara yang terbaik di pasaran itu.

Jangan bimbang kerana Samsung Malaysia Electronics sudah mengumumkan bahawa Note7 akan mula berada di pasaran tempatan mulai 19 Ogos depan! Harga yang ditawarkan ialah RM3,199 seunit.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (3)

Didatangkan dalam empat warna menarik iaitu biru, platinum, perak dan hitam, Note7 memiliki pelbagai ciri termaju. Bahagian luaran phablet bersaiz 5.7 inci itu jelas premium menerusi pengguna unibody besi-kaca dan paparan Quad HD Super AMOLED.

Hanya seberat 169 gram, Note7 adalah lebih nipis berbanding Note5 dengan 7.9mm. Ia menggunakan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan ciri pengecasan pantas menerusi port USB Type-C yang baru. Note7 juga menyokong ciri pengecasan tanpa wayar.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (8)

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses Android 6.0 Marshmallow – Exynos 8890 Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm yang menjanjikan prestasi terbaik.

Tidak perlu meragui tahap keselamatan Note7. Sebabnya, Note7 menggabungkan ciri Samsung  Knox dan pengesahan biometric termasuklah pengimbas iris yang baru.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (1)

RAM sebesar 4GB dengan storan 74GB, ia kemudian boleh ditambah menjadi 256GB menggunakan microSD.

Kualiti gambar dan video telefon pintar Samsung memang jarang sekali mengecewakan. Untuk Note7, ia dilengkapi kamera dual piksel 12MP belakang dengan kemampuan merakam video 2160p. Manakala kamera hadapan 5 megapiksel.

Samsung-Note7-malaysia-mekanika (4)

Ketahanan Note7 dipertingkatkan menerusi ciri kalis air IP68 dan debu pada badan serta S pen. Telefon pintar itu juga boleh berada di dalam air selama 30 minit pada kedalaman mencecah 1.5 meter.

Kalau anda memang sudah tak boleh nak sabar, jangan bimbang. Terdapat 4,000 unit disediakan untuk pra-tempahan mulai 8 hingga 10 Ogos. Cepat lah pergi tempah!

Google ads
Back to top button