Peranti

SAMSUNG GALAXY S7 EDGE INJUSTICE

Samsung dan Warner Bros. Interactive Entertainment telah bekerjasama menghasilkan model edisi terhad Samsung Galaxy S7 Edge edisi Injustice.

Samsung-Galaxy-S7-edge-Injustice-Edition-mekanika (1)

Sudah tentu, watak Batman dari bandar Gotham mempunyai pengaruh besar bagi mereka yang mengikuti siri tersebut.

Mula berada di pasaran pada 17 Jun lalu, hanya 500 unit Samsung Galaxy S7 Edge edisi Injustice ditawarkan kepada pembeli.

Samsung-Galaxy-S7-edge-Injustice-Edition-mekanika (4)

Berbeza dengan siri Samsung Galaxy S7 Edge biasa, Edge edisi Injustice dikemaskan dengan insignia Batman serta  kemasan emas di bahagian belakang. Ia turut didatangkan bersama Gear VR (Edisi Black) dan pelindung belakang edisi Injustice

Dibangunkan oleh NetherRealm Studio, Injustice: Gods Among Us merupakan siri permainan yang dibina menggunakan perisian berteknologi tinggi, reka grafik dan visual terbaik pernah dihasilkan oleh industri setakat hari ini.

Samsung-Galaxy-S7-edge-Injustice-Edition-mekanika (5)

Model Edisi khas ini dijual pada harga RM4,099 (termasuk GST). Ia boleh dipesan secara online di laman web: http://www.samsung.com/my/gs7injustice.

Google ads
Back to top button