Peranti

SAMSUNG GALAXY TAB 3 KIDS

Ruang Teater Kanak-Kanak di pusat beli-belah Berjaya Times Square pada petang itu cukup meriah. Wakil-wakil media dari serata Lembah Klang membanjiri seluruh tempat duduk bertingkat untuk menjadi saksi kepada satu acara yang bakal mencatat sejarah baharu bagi pihak penganjur. 

Picture 4

Pentas kecil di bilik teater itu tampil dengan dekorasi sebuah bilik darjah mini. Pengacara terkemuka, Sharizan Borhan mengambil tempat sebagai ‘Cikgu Sharizan’. Sementara penyanyi cilik Malaysia, Crystal Lee pula memegang watak ‘Ketua Darjah’.

Bersama-sama tiga orang anak murid yang lain, acara memperkenalkan produk terkini daripada pengeluar produk elektronik terkemuka, Samsung Malaysia Electronics bermula dengan sesi lakonan pendek dan tarian yang cukup menghiburkan.

Picture 5

Namun, kemeriahan sebenar pada petang itu lebih mengasyikkan apabila sebuah tablet kuning mangga muncul dari set eksperimen berkabus di atas pentas saat Cikgu Sharizan menuangkan ‘formula biru tua’ daripada sebuah tabung uji.

Tampil dengan cermin paparan berukuran tujuh inci, produk tersebut merupakan tablet Samsung GALAXY Tab 3 Kids, tablet pertama seumpamanya yang direka khas untuk golongan si cilik.

00_EF-PT210B_Front_blue_Standard_Online_L

Kombinasi warna kuning dan biru langit pada tablet ini diyakini dapat menarik perhatian kanak-kanak. Lebih-lebih lagi golongan berusia antara tiga hingga sembilan tahun yang menjadi kumpulan sasar pihak pengeluar produk elektronik dari Korea Selatan tersebut.

Direka khas untuk kanak-kanak aktif, GALAXY Tab 3 Kids hadir dengan sistem dua pemproses 1.2GHz, RAM 1GB, kamera belakang (3 megapiksel) serta kamera hadapan (1.3 megapiksel).

01_EF-PT210B_Back_blue_Standard_Online_P

“Hakikatnya, tablet ini menawarkan prestasi cemerlang sebagaimana yang anda harapkan daripada sebuah tablet Samsung GALAXY biasa. Cuma ia telah dicipta khas untuk memberi kanak-kanak peluang untuk merasai pengalaman interaktif yang lebih mengujakan,” ujar Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics, Vincent Chong.

Bersifat intuitif dan padat dengan aneka bahan berunsur pendidikan, produk baharu daripada Samsung itu sememangnya tidak menghampakan. Hadir dengan pelbagai aplikasi kanak-kanak terbaik yang membolehkan anak anda mencuba dan meneroka. Tablet mudah gengam itu turut disertakan dengan Kids Store baharu.

Picture 1

“Kandungan pra-isi sedia ada telah dibahagikan kepada tiga kategori – Pendidikan, Daya Kreativiti dan Permainan. Kids Store baharu menawarkan lebih 600 pilihan aplikasi menarik,” tambahnya.

Malah, seperti yang telah dijanjikan, tablet ini juga disertakan dengan ciri-ciri keselamatan. Pengawasan oleh ibu bapa terhadap sejauh mana si cilik menghabiskan masa dengan tablet tersebut turut diperkukuhkan menerusi pelbagai ciri-ciri khas.

00_EF-PT210B_Front_blue_Standard_Online_P

Antaranya, Application Manager yang membolehkan ibu bapa memilih jenis aplikasi untuk anak mereka. Manakala fungsi Time Management pula mengalihkan kuasa penentu tempoh penggunaan tablet kepada ibu bapa.

“Ibu bapa boleh letak satu tempoh masa pada bila-bila masa untuk menghadkan penggunaan tablet tersebut. Apabila masa yang dihadkan telah tiba, satu skrin dengan yang memerlukan kata kunci akan muncul. Pada waktu itulah ibu bapa perlu ‘membuka semula’ peranti tersebut,” jelas Naib presiden Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Malaysia, Ng Long Shyang.

01_SM-T2105_Standard_Origin1

Menurutnya, tablet ini dibangunkan demi memenuhi keperluan kanak-kanak masa kini yang sudah sebati dengan kecanggihan teknologi sama ada untuk berhibur mahupun bagi tujuan pembelajaran.

“Malah, ia turut dilengkapi sistem Android 4.1, sambungan Wifi,  memori dalaman berkapasiti lapan GB dan  Bluetooth 3.0. GALAXY Tab 3 Kids ini juga berfungsi seperti tablet biasa, sekali gus membolehkan orang dewasa menggunakannya untuk mengakses internet ataupun YouTube,” tambahnya.

IMG-20131121-WA0015

Setiap pembelian Samsung GALAXY Tab 3 Kids didatangkan bersama bekas pelindung kanak-kanak (Kids Case) lengkap dengan pemegang biru muda. Pemegang yang turut berfungsi sebagai ‘platform penegak’ tablet itu memudahkan proses penerokaan tablet si manja anda.

Kini, si manja anda bukan sahaja boleh berdendang dengan paparan klip video yang menghiburkan, malah berpeluang mengenali haiwan-haiwan kuno seperti dinosaur menerusi imej-imej tiga dimensi (3D).

slider dlm (2)

Samsung GALAXY Tab 3 Kids boleh didapati di semua kedai Samsung atau pengedar-pengedar sah pada harga RM799 setiap satu. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.samsung.com/my. – YEO LI SHIAN

[hr]Spesifikasi Samsung GALAXY Tab 3 Kids:

Rangkaian: Wifi

Pemproses: Sistem Dual Pemproses 1.2 GHz

Sistem Operasi (OS): Android 4.1

Ciri-ciri/Fungsi Tambahan: Gmail, Google Play Store, YouTube, Google Maps

Memori: 8GB (Memori Dalaman) + 1GB (RAM), slot mikro SD (sehingga 32GB)

Ukuran: 111.1 x 188 x 9.9 mm (Dimensi – tanpa kulit pelindung) & 302g (berat)

Bateri: Li-ion, 4,000mAh

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button