Peranti

SAMSUNG GEAR 2

Selari dengan pelancaran telefon pintar Samsung S5 baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics turut memperkenalkan jam tangan pintar dikenali sebagai Samsung Gear 2. 

SONY DSC

Sebelum ini, Samsung pernah menawarkan Samsung Gear kepada pengguna tempatan. Secara fizikalnya, jam tangan pintar generasi kedua itu dilihat lebih nipis, versatil dan diberi pelbagai bentuk penambahbaikan.642-732 pdf

SONY DSC

Menyifatkannya sebagai teknologi yang boleh dipakai, Samsung Gear 2 meningkatkan tahap ketersambungan seseorang pengguna. Ia juga didatangkan dalam beberapa warna menarik seperti hitam, coklat dan oren.

SONY DSC

“Samsung faham bahawa generasi akan datang  peranti teknologi yang boleh dipakai mestilah mencerminkan minat dan kehendak pengguna secara keseluruhannya. Sebagai respons, portfolio produk Gear terus berkembang bagi disesuaikan dengan apa jua gaya hidup pelanggan,” kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong.

Samsung-Gear-2-Mekanika (16)

Samsung  Gear 2 kini tampil dengan reka bentuk lebih ringan dan kemasan premium. Sebuah kamera dipasang pada bahagian sisi jam tangan tersebut. Sementara latar belakang home screen,jn0-643 dumps corak jam dan bentuk tulisan boleh ditukar mengikut kecenderungan pengguna.

Samsung-Gear-2-Mekanika (17)

Peranti ini membolehkan pengguna menerima atau membiarkan panggilan telefon, mesej, selain menyediakan notifikasi pantas berdasarkan kepada aktiviti serta tabiat pengguna.

Samsung-Gear-2-Mekanika (15)

Samsung Gear 2 boleh berfungsi untuk mengawal peralatan elektronik di rumah seperti televisyen menerusi aplikasi WatchOn Remote. Berbeza dengan Samsung Gear sebelum ini, Samsung Gear 2 boleh dipadankan dengan pelbagai telefon pintar dan peranti Samsung.

Bukan itu sahaja, peranti ini juga boleh menikmati ekosistem aplikasi yang luas dan menjadi jam tangan pintar pertama yang memiliki ciri pemantau kadar degupan jantung serta dikuasakan oleh platform berasaskan kepada Tizen.

Samsung-Gear-2-Mekanika (14)

Samsung Gear 2 akan berada di pasaran tempatan mulai 11 April depan di semua Samsung Mobile Brand Store pengedar sahnya di seluruh negara. Anda boleh memiliki peranti ini pada harga RM899 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button