Peranti

Sistem Audio Pioneer 2013

Multimedia untuk hiburan dan capaian teknologi di dalam kenderaan.

2013 menjadi tahun penuh makna bagi pengeluar sistem audio untuk kenderaan, Pioneer. Pertengahan Januari lalu, Pioneer Technology (M) Sdn. Bhd. (Pioneer Technology)  memperkenalkan keseluruhan barisan produk terbaru jenama itu untuk melengkapi lagi pengalaman pelanggan setia yang selama ini menghargai kemajuan produk-produk Pioneer.

Menurut Pengurus Besar Pioneer Technology, Raymond Lee, Pioneer sentiasa mendahului dalam menghasilkan produk-produk berkualiti dan berkecekapan tinggi untuk digunakan pada kenderaan.

“Semua produk yang diperkenalkan ini berfungsi dengan cara yang paling cekap dengan output besar. Selain rekaan kosmetik yang cantik dan praktikal untuk memberikan pengalaman audio dalam kenderaan secara optimum,” jelas Raymond.

Lima produk terbaharu dengan variasi yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

 

Amplifier

Tiga model baru amplifier, termasuk satu amplifier dengan empat saluran diperkenalkan bagi siri GM Digital – Class D.

– GM-D8604: 4-saluran, kuasa output RMS dengan julat di antara 100 hingga 150 Watt x 4 (RM1,3999)

– GM-D9601: saluran tunggal, kuasa output RMS dengan julat di antara 500 hingga 1200 Watt (RM1,399)

– GM-D8601: saluran tunggal, kuasa output RMS dengan julat di antara 300 hingga 800 Watt (RM1,299)

 

1. Penerima CD (CD Receiver)

Barisan produk yang paling banyak varian. Dua model set Double DIN, lapan model bagi set 1-DIN dan satu model Mecha Free, seperti berikut:

–                    Double DIN: FH-X755BT dan FH-X555UI

–                    1- DIN: DEH-X9550BT, DEH-X9550SD, DEH-X7550SD, DEH-X3550UI, DEH-4550BT, DEH-2550UI, DEH-1550UB dan DEH-155MP

–                    Mecha Free:  MVH-155UI

Siri terbaharu ini memberikan lebih banyak kelebihan dan memudahkan integrasi hubungan di antara peranti yang berlainan. Ini termasuklah mode App untuk iPod dan iPhone. Di samping sambungan untuk keserasian telefon pintar yang menggunakan perisian Android.

 

2. Penerima Multimedia (Multimedia Receiver)

Memperkenalkan lima model terbaru yang akan membolehkan kenderaan anda dihubungkan dengan pelbagai peranti teknologi terkini yang ada di pasaran. Ia  merangkumi sejumlah aplikasi bagi 20 jenis telefon pintar yang menggunakan perisian terkini, baik bagi Apple iOS atau Android.

Produk ini didahului oleh model AVH-X8550BT, selain AVH-X5550BT, AVH-X4550DVD, AVH-X2550BT dan AVH-X1550DVD.

Pelbagai penambahbaikan serta pengenalan teknologi terkini melengkapi barisan produk terbaharu ini. Misalnya, mode AppRadio, paparan skrin Advanced Display Resolution serta versi terbaru MIXTRAX App.

 

3. Pembesar suara (Speakers)

Beberapa elemen diperkemas dan diperkenalkan bagi barisan produk ini. Hasilnya, bunyi yang lebih kuat dan jelas, harmonic distortion dikurangkan, penggunaan komponen berprestasi tinggi serta reka bentuk yang lebih segar.

Model-modelnya adalah seperti berikut:

TS-A1605C (RM698), TS-A6995S (RM468), TS-A6985S (RM438), TS-A6975S (RM338), TS-A6965S (RM298), TS-A1685S (RM388) dan TS-A1675S (RM338) kini boleh didapati di semua pengedar sah Pioneer.

Model Jenis Saiz
TS-A1605C Set komponen 16cm
TS-A6995S 5-Way Coaxial 6” x 9”
TS-A6985S 4-Way Coaxial 6” x 9”
TS-A6975S 3-Way Coaxial 6” x 9”
TS-A6965S 3-Way Coaxial 6” x 9”
TS-A1685S 4-Way Coaxial 16cm
TS-A1675S 3-Way Coaxial 16cm

 

4. Sistem Panduan perjalanan (Navigation System)

Dengan sistem GPS Papago (Version X8.5), paparan peta adalah dalam bentuk 3D. Paparan simpang serta paparan berasingan (split view) menjadikan model-model sistem Pioneer ini sebagai satu unit lengkap. Ia turut dilengkapi ciri audio 5.1-saluran dan paparan visual untuk menonton filem.

Model terbaharu bagi siri The Perfect Fit ini terdiri daripada: AVIC-F7121 (untuk Volkswagen Polo), AVIC-F7200 (Toyota, Honda dan mana-mana kereta dengan sistem audio Double DIN) dan AVIC-F7111 (Toyota Camry dari tahun 2007 hingga 2011). Turut boleh didapati ialah model AVIC-F7202D yang diubahsuai bagi model Toyota Camry 2012.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web: www.pioneer.my.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

[hr]

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button