Peranti

STOR KONSEP SENNHEISER

PAKAR audio Sennheiser baru-baru ini melancarkan stor konsep Sennheiser di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur. Pembukaan kedai berkeluasan 45 meter persegi itu turut disempurnakan dengan pameran istimewa fon kepala MOMENTUM (Sound x Style). 

DSC_1297

Presiden dan Pengarah Urusan Sennheiser Asia, Ng Chee Soon menjelaskan,   “Sennheiser Asia amat berbangga memperkenalkan ruang baharu ini kepada anda di Kuala Lumpur. Kedai ini membolehkan pengikut setia Sennheiser menikmati sendiri bunyi berkuliti tinggi daripada produk-produk kami.

“Ia turut menjadi ruang ideal bagi kami memaparkan semua rangkaian Sennheiser. Sebagai tambahan kepada keluarga fon kepala bergaya MOMENTUM, kami berhasrat untuk menawarkan keluaran terkini yang baru dilancarkan. Variasi itu merangkumi amplifier fon kepala yang canggih dan MOMENTUM Ivory yang dirasmikan di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES), Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Right Side View

“Material berkualiti tinggi dan kehalusan pembuatan yang dapat dilihat menerusi produk kami juga adalah antara ciri yang kami kongsi bersama rakan sempena pelancaran bersejarah ini iaitu H&M.”

Pameran ‘Sound x Style’ Sennheiser yang sejajar dengan perasmian stor konsep itu turut melibatkan barisan figura tempatan. Mereka terdiri daripada DJ Goldfish, Atilia Haron dan Jeremy Teo. Semua jemputan hadir dalam persalinan Koleksi Musim Bunga 2014 H&M.

DSC_1353

Penyampai saluran Astro Supersport, Reem Shahwa memberitahu, “Gaya H&M yang saya bawakan hari ini agak sofistikated. Namun ada tarikan tersendiri. Padanan bersama Sennheiser MOMENTUM On-Ear Pink membuatkan saya nampak lincah, tetapi masih mengekalkan ciri santun dengan gaya yang menyerlah.”

Sebagai tambahan kepada rangkaian MOMENTUM, Sennheiser turut mempromosikan rangkaian fon kepala yang paling luas di pasaran. Ia menepati variasi gaya dan individu. Pilihan itu termasuklah fon kepala untuk dipakai ketika melancong, bersukan, hiburan santai di rumah, jalanan, khas buat golongan audiophile serta DJ.

DSC_1044

Pembukaan stor konsep baharu itu juga merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Sennheiser bagi menyediakan rangkaian produk terbaik kepada para pengguna. Ia juga berperanan mengembangkan jenama tersebut merentasi Asia.

MOMENTUM On-Ears ditawarkan dalam tujuh warna berbeza pada harga RM829. Fon kepala MOMENTUM dengan saiz yang lebih besar pula dijual pada harga RM1,429. Kesemua produk boleh didapati di stor konsep baharu Sennheiser dan pengedar lantikan sah serta stor-stor rakan niaga Sennheiser terpilih.

Store

Stor konsep Sennheiser baharu terletak di Unit F133, Tingkat Satu, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur. Waktu operasi bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button