Peranti

TETIKUS LOGITECH G302

Logitech baru-baru ini memperkenalkan tetikus yang khas untuk permainan video, Logitech G302 Daedalus Prime MOBA Gaming Mouse. 

SONY DSC

Tetikus ini direka khas untuk para pemain permainan video dalam talian League of Legends (LOL).  Dengan rekaan sistem spring besi yang eksklusif, Logitech G302 direka agar tahan lasak.

Direka dan diuji oleh gamer profesional dari seluruh dunia, termasuklah pemain daripada pasukan SoloMid, Cloud 9, CJ Entus Frost, CJ Entus Blaze dan Invictus Gaming,  Logitech G302 menawarkan prestasi serta ketepatan yang mereka mahukan.

SONY DSC

Logitech G302 dilihat sebagai komitmen berterusan Logitech dalam memanfaat sains dalam menghasilkan sesuatu produk. Maka tidak hairanlah jika butang, bentuk dan berat tetikus ini direka khas demi memenuhi keperluan pemain MOBA.

“Ciri terbaik tetikus ini adalah bentuknya yang ergonomik. Spring pada butang kiri dan kanannya juga sangat seimbang. Lagi satu ciri penting ialah tetikus seperti ini tidak boleh terlalu berat atau ringan. Jadi saya boleh katakan bahawa ia memang sangat sesuai untuk permainan video LOL,” kata Pengurus Perniagaan Negara Logitech Malaysia, KP Sim.

SONY DSC

Dengan jumlah gamer LOL sahaja sudah mencecah 60 juta orang, KP Sim mengakui bahawa ini adalah pasaran baharu yang cukup besar buat Logitech.  Beliau ditemui selepas pelancaran tetikus tersebut sempena acara Comic Fiesta 2014 yang berlangsung di KLCC pada lewat Disember lalu.

Harus tahu bahawa Logitech G302 hadir dengan teknologi sensor Delta Zero Logitech. Teknologi itu menggabungkan reka bentuk lensa, geometri iluminasi dan algoritma yang eksklusif demi menawarkan tafsiran pergerakan tangan yang paling tepat.  

Logitech-G302-gaming-mouse-mekanika (12)

Lebih menarik lagi, Logitech G302 menawarkan enam butang yang boleh diprogram mengikut kecenderungan penggunanya. Jika berminat, Logitech G302 sudah boleh didapati di semua penjual sah Logitech di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM129 seunit.
[hr]GALERI 

SONY DSCLogitech-G302-gaming-mouse-mekanika (1)SONY DSCLogitech-G302-gaming-mouse-mekanika (13)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button