NISSAN LIVINA BARU SAH GUNA PLATFORM MITSUBISHI XPANDER.

SHARE

Peminat MPV tempatan mungkin tidak sabar menantikan kehadiran Mitsubishi Xpander ke pasaran sini. MPV kompak tujuh tempat duduk segmen B tersebut merupakan kenderaan Mitsubishi paling laris di Indonesia.

Kami pernah menyiarkan tentang beberapa perkembangan MPV ini untuk pasaran Malaysia. Ia sah akan dilancarkan tahun ini ke pasaran tempatan dan ini pula berita terbaru yang tersebar di Indonesia menerusi laman web automagz.net

Mereka berjaya memperolehi imej “kembar” Xpander dari jenama adik beradiknya iaitu Nissan. Seperti yang kita ketahui, pasaran MPV bajet untuk negara-negara membangun tidak memerlukan homogalasi rumit sepertimana Eropah. Jadi berkongsi platform adalah langkah paling bijak untuk memanfaatkan jualan dan meminimumkan kos.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi nampaknya cuba untuk terus “menggempur” segmen B yang menjadi teras pasaran di negara-negara Asia Tenggara dan seperkara yang menarik dari maklumat yang kami terima juga, ETCM juga mungkin akan menjual rangkaian yang sama menggunakan lencana Nissan Livina.

Nissan nampaknya mahu memanfaatkan fasiliti dalam kumpulan perniagaan ini. Menggunakan Xpander sebagai gantian Grand Livina generasi ketiga adalah langkah menjimatkan kos dan merupakan pelan strategik yang bijak.

Ia langkah serupa yang digunakan oleh Toyota-Daihatsu menerusi rangkaian Avanza – Xenia. Mazda juga pernah menggunakan platform Ertiga untuk pasaran Indonesia menerusi VX-1.

Walaupun menggunakan platform Xpander, Grand Livina baharu ini nampaknya berjaya mengekalkan bahasa badan sebuah Nissan. Meskipun bahagian hadapan Mitsubishi Xpander agak dominan dengan gaya “Dynamic Sheild”, jurutera rekabentuk Nissan berjaya mengubahnya menjadi rupa sebuah Nissan dengan gaya “V-Motion”

Foto di atas pula ialah rekaan bahagian belakang Grand Livina yang nampaknya masih mengekalkan rekabentuk Xpander. Mungkin hanya sedikit perubahan yang berlaku pada bahagian ini pada versi Nissan.

Apapun, kita bakal melihat lebih banyak imej akan ditemui dalam minggu-minggu akan datang. Nissan Indonesia sudah pasti tidak mahu menunggu lama untuk melancarkan Grand Livina versi mereka.

kredit: AUTOMAGZ.NET

GALERI

Share this post

scroll to top