SELAMAT DATANG VW GOLF MK8!

SHARE

Golf adalah model hatchback yang menjadi kebanggaan Volkswagen sejak generasi pertamanya diperkenalkan. Kini, setelah tujuh generasi di pasaran, sudah sampai masanya generasi ini digantikan dengan yang baru. Beberapa hari lepas, foto Golf generasi ke lapan (MK8) Berjaya dirakam ketika pemandu ujiannya sedang berhenti membeli makanan.

Ia dirakam di sebuah restoran makanan segera McDOnalds. Kelihatannya konsep Golf nampaknya tak berubah banyak – sama seperti Porsche 911 yang mana Volkswagen cuba untuk mengekalkan identity sebuah Golf.

Formula itu ternyata berjaya sejak model pertamanya diperkenalkan pada 1974. Seperti yang dilihat, tiada revolusi besar dengan model semasa generasi ke tujuh (MK7). Kecuali, rekaan badannya tampak lebih tajam, lampu LED hadapan yang selari dengan rangkaian model-model baru Volkswagen dan sekali imbas, ia Nampak lebih panjang dari MK7.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Model ini dijangka akan diperkenalkan pertengahan tahun ini. Ia dibina di atas platform MQB yang dipertingkatkan. Hasilnya, ia adalah leih ringan dan titik rodanya lebih panjang dari generasi sekarang. Jadi, ia sepatutnya menghasilkan ruang kabin dan kargo yang lebih luas.

Share this post

scroll to top