SPYSHOT TERBARU –  TOYOTA SUPRA 2018 SEDANG DIUJI

SHARE

Masih ingat dengan Toyota Supra? Ya. JZA80 dengan enjin 2JZ-GTE, 6 selinder turbo yang ikonik pada zaman 90-an. Jika anda dilahirkan pada tahun 70-an dan 80-an dan tidak kenal Toyota Supra lebih baik layari laman web lain.

Sejak pengenalan model konsep FT-1 pada 2014, terdapat banyak gosip tentang kemunculan bakal pengganti Supra. Secara rasminya, Toyota telah bekerjasama dengan BMW untuk kerangka coupe ini dan hampir pasti Supra akan dilahirkan semula dan BMW akan menggantikan model semasa Z4 mereka yang dijadualkan pada penghujung tahun ini.

supra spyshot (2)

Baru-baru ini kelihatan model ujian Toyota Supra yang berada di jalanraya terbuka. Garis bentuk badan kereta ini dapat dilihat dengan jelas mirip FT-1 yang perah dipamerkan dalam Pameran Autoshow Amerika Utara 2 tahun lepas.

Namun ia nampak lebih tirus dan “sopan”, boleh kalau saya katakan lebih kepada garis rupa GT86 dengan rupa hud depan panjang (untuk enjin V6 twin turbo Lexus 943F?) dan punggung belakang yang lebih lebar.

supra spyshot (3)

Jika ini adalah versi terakhir tanpa pengubahsuaian produksi, saya kira ia paling dekat dengan DNA JZA80. Ya, Supra terakhir ialah Supra yang paling sporty dengan gaya 90-an. Mengadaptasinya pada model 2018 sudah tentu lebih mudah dibuat. Ia mungkin mirip pada bentuk Soarer yang lebih berimej mewah.

Maksud saya, bayangkan Toyota 86 sekarang dengan AE86 Levin/Trueno asal. Terlalu jauh langkauan masa dan dari bentuk simetrikal jadi bulat tanpa segi langsung. Apa lagi dengan enjin boxer Subaru menggantikan lagenda 4AGE. Malah, ramai peminat asli AE86 yang memandang “serong” model moden Toyota GT86.

Supra (2)

Jika mengikut garis masa pengeluaran, Supra ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya tahun 2018. Toyota mungkin bergembira dengan kejayaan 86 tetapi terpaksa akui bahawa Nissan lebih gembira dengan GTR tanpa pencabar. Toyota perlu bekerja lebih keras memacu pasaran kereta sport kelas pertengahan.

 

Ya. Kami dah bosan dengan Hybrid Synergy Drive tu. Kami mahu twin turbo 6 selinder!

 

 

Share this post

scroll to top