Motosikal

KAWASAKI THAI IKUT LANGKAH INDONESIA, TAPI PERKENAL VERSYS LEBIH BESAR- X-300

Serentak dengan pelancaran Kawasaki Versys X-250 di Indonesia, Kawasaki Motor Enterprises (Thailand) Co. Ltd. turut memperkenalkannya ke pasaran negara gajah putih itu. Namun, buy levitra us hours Thailand lebih bertuah kerana mendapat sesaran lebih besar 300cc sama seperti di Eropah.

BACA – KAWASAKI INDONESIA PERKENAL VERSYS X-250

BACA – R2, MASA DEPAN TEKNOLOGI SUPERCHARGER

Pelancaran diadakan dalam acara pameran Thailand Motor Expo yang sedang berlangsung sekarang. Pameran tahunan yang bermula 1 Disember lalu akan berakhir pada hujung minggu ini mempamerkan motosikal dan aksesori terkini di pasaran.

Sama seperti spesifikasi yang diterima Indonesia, Thailand juga menawarkan 2 varian utama iaitu City dan Tourer. Varian City adalah model asas tanpa sebarang aksesori sementara varian Tourer pula disasarkan kepada peminat adventur jarak jauh yang siap dengan aksesori.

Model Tourer dilengkapi tongkat tengah, lampu kabus, dan pannier sisi. Kelengkapan mekanikal juga dipersiapkan dengan sistem brek anti-kekunci ABS buatan Bosch bagi kesemua varian.

Harga jualan bagi model City ialah 199,000 Baht (RM24,000) dan 227,000 Baht (RM28,000) bagi varian Tourer. Kalau ditukar terus dengan Ringgit memang berkicap jugalah harga. Ni semua pasal Ringgit yang lemah.

Sebagai perbandingan, di Indonesia varian City dijual pada harga Rp 62 juta (RM20,300) sementara varian Tourer pula Rp 72.7 juta (RM23,700)

 

 

Google ads
Back to top button