ALKISAH SI WHOOSH - KERETAPI LAJU JAKARTA-BANDUNG
Kereta api laju (kereta cepat panggilan di sana) di negara jiran Indonesia telah pun dilancarkan secara rasmi pada 2 Oktober 2024 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Presiden Bapak Jokowi. Agak menarik untuk melihat kereta api laju pertama kali di rantau Asia Tenggara ini Jom kita baca apa yang menarik tentang perkhidmatan kereta cepat tersebut.
- Kereta api laju tersebut diberikan gelaran Whoosh yang membawa maksud Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat
- Cadangan projek ini sudah pun bermula sewaktu Bandung Conference pada Julai 2015 yang terus menarik perhatian Jepun dan juga China untuk memulakan projek kereta api laju ini.
- Akhirnya tender projek ini diserahkan kepada China bagi memulakan projek kereta api laju Jakarta – Bandung hingga tertubuhnya PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) dengan 60% dimiliki oleh Indonesia dan baki 40% dimiliki Konsortium dari China.
- Batu asas pembinaan projek mega yang memakan belanja $6 billion (RM24.9 bilion) diawalnya ini dimulakan pada Januari 2016 di Ladang Walini Tea Plantation oleh Bapak Presiden RI.
- Kos meningkat tambahan hampir $2billion (RM33 billion) serta berlaku kelewatan pembinaan akibat masalah pandemik serta isu pengambilan tanah, akhirnya berjaya disiapkan tahun ini dan bermula operasi pada bulan Oktober 2023.
- Ianya bermula dengan Stasiun Halim (Jakarta dan berakhir di Stasiun Tegalluar lengkap dengan pembinaan 13 terowong meliputi jarak 142.3 kilometer yang membabitkan 60% daripada jalur yang dibina adalah bertingkat.
- Kelajuan maksimum set kereta api laju ini berupaya mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 350 km/j, malah ianya turut direka untuk menerima kelajuan maksimum sehingga melebihi 400 km/j/
- Walau pun mempunyai kelajuan yang cukup laju seumpama fitnah di akhir zaman, namun khabarnya kadar goncangan di dalam kereta api ini tidak begitu terasa. Boleh tidur nyenyak.
- Ada 12 set kereta api api laju yang digunakan termasuk satu set untuk tujuan ujian dan pemantauan.
- Pembinaan jalur kereta api laju ini dapat menjimatkan masa dengan hanya memerlukan hanya 40 minit daripada Jakarta ke Bandung berbanding tiga jam jika menggunakan pengangkutan darat.
- Sungguh pun begitu, faktor pengangkutan untuk menuju ke Stasiun Halim (Jakarta Timur) serta akses daripda Stasiun Padalarang untuk ke Kota Bandung sendiri harus transit untuk menukar keretapi menuju ke Stasiun Bandung akan mengambil masa juga. Menurut seorang YouTuber Nugroho Febianto, beliau mengambil masa tambahan lagi 30 minit untuk benar – benar tiba di Kota Bandung setelah menaiki transit Keretapi Antarabandar dan turun di Stasiun Bandung.
Yang pasti, perkhidmatan kereta api laju Jakarta – Bandung ini akan meningkatkan lagi industri pelancongan tempatan dan antarabangsa. Mungkin lepas ini lebih mudah nak membeli belah dari Tanah Abang ke Pasar Baru balik hari aja. Kan?
Kredit Foto : Tangkap Layar YT Nugroho Febianto
BACA : KERETA API KELAJUAN TINGGI INDONESIA 90% SIAP. 350KM/J, JAKARTA-BANDUNG 40 MINIT SAHAJA
BACA : KERETA API LAJU JAKARTA-BANDUNG KALIS PETIR, GEMPA BUMI, ANGIN KENCANG, HUJAN LEBAT