Motosikal

AOS 2018: PA’DIN PERKENAL MOTOSIKAL KUSTOM C70 STREETCUB – BELI MOTOR NI RM2K JER KAT MUDAH.MY

Pemain papan selaju lagenda tempatan dan pakar custom motosikal, Pa’din Musa mengujakan pengunjung Art of Speed (AOS) 2018 apabila memperkenalkan Custom c70 Streetcub semalam.

Ini merupakan kerjasama terkini Pa’din bersama laman jual beli paling besar di Malaysia, mudah.my. Menurut Pa’din, dia membeli motosikal Honda c70 itu di laman web mudah.my dari seorang penjual di Kuala Kangsar pada harga RM2,000 sahaja.

“Saya memilih Honda c70 streetcub kerana mahu membuktikan bahawa anda tidak perlu bergolok-bergadai untuk masuk ke dalam dunia kustom. Ia bukan tentang jenama motosikal yang fancy, tetapi minat dan kegunaan motosikal itu nanti,” jelas Pa’din.

Menurut Pa’din, dia mendapatkan semua alat ganti menerusi mudah.my dengan belanja sekitar RM1,000.

Lebih menarik lagi, proses penghasilan motosikal itu turut dirakam dan dikongsi ke laman YouTube.

Sudah memasuki edisi ketujuh, AOS merupakan pameran kenderaan dan budaya kustom yang tidak pernah gagal menarik minat pengunjung dari seluruh negara.

Selaku rakan acara, mudah.my ialah laman jual beli rami untuk AOS dengan lebih tujuh juta pengunjung sebulan dan mempunyai lebih 58 kategori. Penampilan sulung c70 Streetcub itu memang kena dengan tema AOS 2018 iaitu ‘Custom Revolution’.

Kolaborasi mudah.my dengan AOS merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil oleh laman web tersebut untuk mengukuhkan lagi keterlibatannya dengan komuniti motosikal di Malaysia. 

Ia juga menjadi bukti bahawa mudah.my kini semakin fokus ke atas pasaran motosikal, alat ganti dan servisnya.

“Kami sangat teruja untuk membawakan platform kepada pengguna bagi membolehkan mereka membeli dan menjual barangan berkaitan motosikal secara dalam talian.

“Sama ada anda baru pertama kali memiliki motosikal atau pengumpul motosikal kustom, mudah.my menghubungkan anda dengan pasaran Malaysia yang lebih luas.

“Matlamat kami adalah untuk berhubung dan menyokong komuniti motosikal dalam jangka masa panjang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif mudah.my, Gaurav Basin.

GALERI

Google ads
Back to top button