Motosikal

APRILIA DEDAH GPR250R DI PASARAN CHINA. RM17,000 SEUNIT

Aprilia memperkenalkan jentera terbaharu GPR250R di pasaran China ketika Xi’an Auto Expo baru-baru ini.

Jentera terbaharu yang mendapat sentuhan lebih agresif itu dijual pada harga AS$4,144 (RM17,239).

Rekaan agresif ditampilkan superbike terbaharu itu mirip RS660 dan RSV4 yang menyerlahkan sisi garang dan sporty motosikal tersebut.

Ia hadir dengan teknologi premium seperti lampu hadapan LED dan dilengkapi instrumen meter digital untuk paparan maklumat tunggangan.

Selain itu, GPR250R didatangkan rim sport 17 inci dibalut tayar saiz 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang). 

Motosikal itu mendapat khidmat enjin  silinder tunggal 250cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 27.4 hp dan tork 21.5 Nm dipadankan kotak gear standard enam kelajuan.

Ia dilengkapi sistem suspensi fork terbalik 41mm, penyerap hentak tunggal, teknologi sistem Brek Anti-Kunci (ABS), brek cakera tunggal 300mm untuk tayar hadapan manakala tayar belakang pula 218mm.  

Aprilia GPR250R dijangka memasuki pasaran global dalam masa terdekat – rideapart

Google ads
Back to top button