Artikel Pilihan

AUTO BAVARIA PERKENAL FASILITI PENGECASAN UNTUK MINI DI WILAYAH UTARA

Auto Bavaria iaitu pemegang hak eksklusif kenama BMW, BMW Motorrad dan Mini di utara Malaysia telah memperkenalkan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik untuk jenama MINI di wilayah utara yang meliputi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Fasiliti yang dibuka kepada pengguna awam itu terletak di tingkat 6 Gurney Plaza Penang, menampilkan 3 unit pengecas MINI Gen 3 Wallbox yang berupaya mengecas kereta elektrik dan plug-in hybrid.

Dengan menggunakan pengecasan sehingga 22kW, pengguna hanya perlu memasukkan soket pengecas pada kenderaan mereka untuk memulakan pengecasan. Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata “Pada tahun 2022, MINI Electric menyumbang kepada 30 peratus jumlah jualan Auto Bavaria Penang.

“Keadaan ini menunjukkan permintaan yang semakin baik terhadap kereta berkuasa elektrik di utara Malaysia. Fasiliti pengecasan yang baru dibuka ini bertujuan menyokong ekosistem dan permintaan terhadap kereta elektrik dengan menawarkan akses pengecasan kepada orang ramai di pasaran ini.

“Gurney Plaza ialah lokasi yang ideal sebagai pusat pengecasan kerana ia terletak di kawasan strategik di Pulau Pinang, memudahkan pengguna EV mengecaj kenderaan mereka sewaktu keluar dan membeli-belah,” kata Vi.

3 parkir yang menempatkan staesen pengecas di Gurney Plaza Penang boleh diakses oleh orang ramai dengan waktu operasinya bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Google ads
Back to top button