
MAKANAN HAMPIR HABIS, 200 PEKERJA PELANTAR PETRONAS TERKANDAS DI PERAIRAN MYANMAR
Seramai 200 rakyat Malaysia yang bekerja di pelantar minyak Petronas di Laut Andaman, perairan Myanmar dipercayai terkandas sejak rampasan kuasa berlaku di negara itu pada Isnin lalu.
Kesemua pekerja terbabit dikatakan terputus hubungan dengan daratan dan berhadapan dengan kehabisan bekalan makanan.
Memetik laporan Mingguan Malaysia, salah seorang pekerja mendakwa tidak mendapat sebarang makluman daripada Kedutaan Malaysia di Yangon mahupun majikan mereka.
“Ada kawan-kawan yang sudah dihantar ke darat, tetapi tidak ada khabar berita daripada mereka. Kami juga tidak dapat hubungi kedutaan,” katanya.
Penggantian petugas di pelantar terbabit biasanya dibuat 40 hari. Namun, perkembangan terkini politik di Myanmar yang menyaksikan junta tentera merampas kuasa, para pekerja terpaksa dikekalkan kerana isu visa dan COVID-19.
Malah perkhidmatan helikopter yang digunakan sebagai pengangkutan utama pekerja pelantar minyak juga terhenti kerana didakwa dikawal oleh junta tentera.
Bagaimanapun sehingga kini, difahamkan bekalan makanan dan bahan api bagi pekerja di pelantar minyak itu hanya boleh bertahan sehingga 11 Februari ini.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi Petronas berhubung perkara ini. Isnin lalu, pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi ditahan oleh junta tentera di rumahnya yang terletak di ibu negara Naypyidaw. – Astro Awani
- BACA: PETRONAS, PERODUA, MAYBANK, McD DAN KWSP PALING BERJAYA URUS KRISIS COVID-19 SEPANJANG 2020 – IPSOS
- BACA: PETRONAS JENAMA ASEAN PALING BERNILAI TAHUN 2021
- BACA: PERODUA DAN PETRONAS JENAMA PALING DIPERCAYAI PADA TAHUN 2020 – IPSOS
- BACA: BELI MINYAK ENJIN PETRONAS SPRINTA DAN SELFIE. BOLEH MENANG YAMAHA R25!







