
BELI ROYAL ENFIELD DI DREAMSHOP. PELAN PEMBIAYAAN 0% SEHINGGA 36 BULAN
Berikutan kejayaan memperkenalkan jenama Vespa sekitar enam bulan lalu, Dreamshop, platform e-dagang pertama di Malaysia yang menawarkan kategori automotif kini mengumumkan kerjasama dengan Royal Enfield.
Platform tersebut menempatkan lebih dari satu bilion produk untuk pilihan pengguna.
“Kolaborasi bersama Vespa adalah salah satu cara untuk merealisasikan impian pelanggan. Kemudahan dalam talian dan pelan pembayaran 0 peratus daripada 10 bank utama terbukti menjadi formula kejayaan dengan sebanyak 50 unit Vespa berjaya dijual.

“Jadi, kami teruja untuk memperkenalkan satu lagi jenama ikonik kepada pelanggan kami di Dreamshop, Royal Enfield yang mempunyai peminatnya sendiri di Malaysia. Kami percaya dengan kerjasama Didi Group dan Maybank, Dreamshop bakal menjadi platform ideal untuk pelanggan membeli model-model baharu Royal Enfield,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin.
Dreamshop bekerjasama dengan sepuluh bank utama dalam menawarkan pembelian menerusi pelan pembayaran mudah 0 peratus sehingga 36 bulan. Bank-bank tersebut ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank, CIMB Bank, HSBC Bank Malaysia, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan seperti:
- 30 pelanggan pertama selain pemegang kad Maybank Premium akan menikmati kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM200.
*Tertakluk kepada terma & syarat
Lima model jenama ikonik yang boleh dibeli di Dreamshop:
- Royal Enfield Classic 350 – Harga serendah RM699 sebulan
- Royal Enfield Meteor 350 – Harga serendah RM723 sebulan
- Royal Enfield Interceptor 650 – Harga serendah RM984 sebulan
- Royal Enfield Himalayan 411 – Harga serendah RM877 sebulan
- Royal Enfield Continental GT 650 – Harga serendah RM1,038 sebulan
*Harga yang dinyatakan di atas hanya di Semenanjung Malaysia, harga jualan tanpa insurans.
Bersempena dengan kerjasama ini, Royal Enfield menganjurkan acara eksklusif buat pemegang Ahli Kad Premium Maybank pada 22 Mei 2022 yang menyaksikan rombongan 1,000 penunggang motosikal bersama Royal Enfield mereka.

Acara ‘The Distinguished Gentleman’s Ride’ telah diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya dengan tema ‘Ride for a Purpose’. Acara ini diadakan pada hari yang sama di seluruh dunia dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kesihatan mental dan program pencegahan bunuh diri.
Ahli Kad Premium Maybank yang hadir dapat melihat lebih dekat model Royal Enfield terbaharu, menyemak mata ganjaran Maybank serta beramah mesra dengan peminat Royal Enfield yang lain.
Maklumat lanjut, layari www.dreamshop.com.my
- BACA: ROYAL ALLOY LANCAR 125 S DAN 300 S. SENTUHAN RETRO BRITAIN
- BACA: ROYAL ENFIELD CLASSIC 350 DAN METEOR 350 KINI DI MALAYSIA. 20.2HP, BERMULA RM23,500
- BACA: ROYAL ENFIELD BUKA KILANG CKD DI THAILAND. HASILKAN HIMALAYA, INTERCEPTOR & CONTINENTAL GT 50
- BACA: ROYAL ENFIELD SCRAM 411 BAKAL TIBA DI MALAYSIA. HARGA BAWAH RM30K?