Buletin

BELI TAYAR CONTINENTAL DAN DAPATKAN KREDIT TOUCH N’ GO SEBANYAK  RM120!

Tahukah anda bahawa anda boleh membeli alat untuk mengukur kedalaman tayar pada harga yang sangat murah secara atas talian?

Dengan menggunakan alat yang dinamakan Tread Depth Gauge atau tolok pengukur kedalaman tayar itu, anda boleh mengetahui kedalaman corak tayar secara tepat

Tayar kereta penumpang baharu biasanya memiliki ketebalan bunga tayar 8 hingga 9mm, manakala tayar lama akan mempunyai kedalaman yang lebih kurang. Sesetengah negara menetapkan kedalaman minima corak tayar mestilah sekitar 1.6mm dan perlu ditukar dengan segera.

Sebenarnya anda boleh memeriksa kedalaman tayar tanpa menggunakan tolok pengukur kedalaman tayar dengan hanya melihat kepada Tread Wear Indicator (TWI). TWI ialah bonjolan getah yang sengaja dihasilkan oleh pengeluar pada longkang corak tayar.

Jika permukaan jalan sudah bersentuhan dengan TWI, maka ketebalan tayar adalah sekitar 1.6mm sahaja dan perlu ditukar dengan segera. Mungkin anda jarang sekali mengambil berat berkenaan dengan kedalaman corak tayar, sedangkan ia merupakan satu-satunya komponen kereta yang mencengkam permukaan jalan.

Selain bertindak mengagihkan berat kenderaan secara sekata, tayar juga perlu menerima kuasa enjin untuk bergerak ke hadapan, memastikan kenderaan membrek dengan cepat dan selamat ketika kecemasan dan membelok dengan stabil semasa mengambil selekoh.

Kebanyakan kenderaan pada masa kini direka menggunakan konfigurasi pacuan roda hadapan, iaitu enjin di depan dan dipacu oleh tayar hadapan. Rekaan sebegini sebenarnya lebih efisyen dari segi penggunaan ruang, menjadikan kenderaan lebih ringan dan lebih menjimatkan bahan api.

Namun pada masa yang sama, rekaan sebegini akan mengenakan beban tugas yang besar pada tayar hadapan. Tayar hadapan perlu memecut, membrek dan membelok sepanjang perjalanan. Maka tidak hairanlah jika tayar hadapan akan lebih cepat haus berbanding tayar belakang.

Sama ada anda memandu kereta baharu yang masih perlu diselenggara di pusat servis atau diservis sendiri di bengkel luar, amalan melakukan servis berkala pada tayar adalah amat penting bagi memanjangkan jangka hayat tayar dan mengelakkannya daripada pemakaian tidak teratur.

Tayar perlu menjalani proses imbangan berat semula agar ia tidak menghasilkan gegaran berlebihan pada casis kenderaan.

Jika masih menghasilkan gegaran selepas menjalani proses imbangan dan sah bahawa bahagian lain (seperti rim, suspensi) bukan sumber getaran, berkemungkinan kehausan tayar yang tidak normal berpunca daripada suspensi yang tidak sejajar atau rosak akan menyebabkan tayar bising and bergetar. Kedai servis anda harus memeriksa segala bahagian punca apabila mendiagnosis kehausan tayar yang tidak normal.

Selain imbangan semula pada setiap 10,000km, tayar juga perlu ditukar silang dari bahagian depan ke belakang bagi memastikan kadar kehausan bunga tayar adalah sekata.

Proses itu diikuti oleh penjajaran semula bagi memastikan semua tayar ditetapkan pada sudut yang betul dari segi camber, caster dan toe. Jika tidak, tayar kemungkinan akan haus lebih cepat sama ada bahagian sisi dalam atau sisi luar.

Ketika hendak memandu jauh seperti pulang ke kampung halaman dengan jarak pemanduan beratus-ratus kilometer pada halaju yang tinggi, adalah lebih selamat dan bijak jika anda memeriksa keadaan tayar kereta terlebih dahulu.

Jika anda memuatkan barang yang banyak, pastikan tekanan angin tayar berada pada tahap maksimum yang disarankan oleh pengeluar kenderaan.

Jika tidak, tayar yang kempis akan menjejaskan keselamatan terutama ketika membrek dan mengambil selekoh. Tayar yang kurang tekanan angin juga akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah dengan ketara.

Tapi kalau anda mendapati tayar sudah haus, adalah jauh lebih bijak untuk menukar tayar baru terus bagi memastikan perjalanan balik kampung yang selamat.

Tayar yang haus akan menyebabkan mudah tergelincir ketika mula memecut (spin). Ini boleh menyebabkan understeer atau oversteer dan memerlukan jarak yang lebih panjang untuk berhenti ketika membrek.

Tidak perlu bimbang kerana Continental kini memberikan tawaran istimewa jika anda bercadang untuk menukar tayar baru di cawangan-cawangan tayar Continental yang mengambil bahagian bermula 9 April sehingga 31 Mei 2022.

Jika membeli dua unit tayar dari saiz 14 hingga 16 inci, anda akan menerima Touch n Go e-Wallet sebanyak RM20. Nilai E-Wallet menjadi RM50 jika anda menukar empat unit tayar sekali gus.

Bagi tayar bersaiz 17 inci dan ke atas, pelanggan akan menerima Touch n Go e-Wallet sebanyak RM50 jika menukar dua unit tayar dan berganda kepada RM120 jika menukar empat unit tayar.

Tambahan lagi, jika pelanggan membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar Continental daripada Shopee akan menerima pemasangan, penjajaran dan imbangan tayar secara percuma.

Jika hanya membeli satu unit tayar, pelanggan akan menerima pemasangan dan imbangan tayar secara percuma.

Lebih menarik lagi, pelanggan akan diberi jaminan selama lima tahun bermula tarikh pembelian. Malah, jaminan daripada kemalangan tayar di jalan raya daripada program ‘Total Confidence Plan (TCP)’ turut diberikan (terhad kepada 12 bulan pertama).  

Pastinya, ini merupakan satu tawaran yang sangat menarik daripada Continental Tyre Malaysia dalam usaha memastikan perjalanan balik ke kampung halaman lebih lancar dan selamat. Pada masa yang sama, anda boleh membeli tayar berkualiti dan berteknologi tinggi pada harga diskaun.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan promosi hebat ini!

www.continental-marketing.com.my

https://shopee.com.my/continental.os

Google ads
Back to top button