Buletin

BERMAZ AUTO LANCAR VARIAN MAZDA CX-3 1.5L & 2.0L CORE 2022. CBU THAILAND, BERMULA RM108K

Bermaz Auto hari ini memperkenalkan dua varian baharu untuk SUV kompak Mazda CX-3 ke pasaran Malaysia.

Dikenali sebagai Mazda CX-3 SKYACTIV-G 1.5L 2WD Core dan SKYACTIV-G 2.0L 2WD Core, ia menawarkan pakej terbaik serta penjimatan bahan api untuk sebuah SUV entry level dengan pengalaman pemanduan Jinba-Ittai yang menyeronokkan.

Varian baharu itu dikuasakan oleh enjin SKYACTIV-G 1.5L berkuasa 114hp pada 6,000rpm dan tork 149Nm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik bersama mode Manual Shift.  

Jentera tersebut juga hadir dengan teknologi G-Vectoring Control (GVC) untuk prestasi dan kestabilan pemanduan yang lebih baik.

Spesfikasi untuk varian CX-3 2.0L High pula tidak berubah. Ia masih dilengkapi ciri-ciri seperti lampu utama dan belakang LED, pengecas tanpa wayar Qi, Apple Carplay tanpa wayar, power sunroof dan monitor 360°.

Tidak ketinggalan, sistem bantuan pemandu i-Activsense yang merangkumi ciri-ciri seperti High Beam Control (HBC), Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Smart City Brake Support (SCBS), Driver Attention Alert (DAA) dan Lane Departure Warning System (LDWS).

Mazda CX-3 2022 didatangkan dalam pilihan warna putih mutiara, merah, hitam, kelabu  dan Platinum Quartz. SUV itu hadir sebagai model CBU dari Thailand dan sudah boleh ditempah. Ia dilengkapi dengan jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Google ads
Back to top button