BETUL KE TUTUP PENYAMAN UDARA, ENJIN LAGI POWER?
Jawapan pendek pada persoalan di atas ialah “ya memang betul”. Tapi izinkan kami untuk terangkan dengan lebih lanjut. Bagi kereta, semua peralatan yang dipasang akan dikuasakan oleh enjin secara langsung atau tidak langsung. Enjin akan dipasang dengan alternator bagi tujuan mengecas bateri 12 volt yang akan digunakan oleh pelbagai sistem
Ini termasuklah lampu, sistem elektrik, sistem audio dan pelbagai sistem lain yang bergantung pada kuasa elektrik. Tapi bagi kereta yang masih menggunakan sistem stering hidraulik, enjin juga digunakan untuk menjalankan pam hidraulik. Enjin juga akan digunakan untuk memacu pemampat penyaman udara melalui tali sawat yang bersambung dengan enjin secara mekanikal
Apa sahaja peralatan yang dikuasakan oleh enjin melalui sistem mekanikal boleh diklasifikasikan sebagai “parasitic lost” termasuklah sistem penyaman udara. Bergantung pada saiz dan jenis kenderaan, kuasa yang diperlukan oleh penyaman udarabadalah berbeza. Seorang Youtuber melakukan satu eksperimen dengan menggunakan Lexus IS-F miliknya dengan menggunakan dynometer.
Sekiranya penyaman udara dipasang dan pemampat penyaman udara mencuri kuasa enjin, enjin kereta tersebut menjana sekitar 363 kuasa kuda. Tapi bila penyaman udara dimatikan, kuasa enjin melonjak sehingga 372 kuasa kuda. Jadi anda hanya mengetahui secara spesifik berapa kuasa penyaman udara yang diperlukan melalui ujian.
Walaupun disambung secara mekanikal antara enjin dan juga pemampat penyaman udara, sistem ini akan mula bekerja sebaik sahaja pemandu menekan butang penghidup penyaman udara. Magnetic clutch akan menyambungkan pulley dengan penyaman udara bagi memaksa penyaman udara mulai bekerja sebaik sahaja butang ini ditekan
Bagi sesetengah kereta yang menggunakan tali sawat pemasaan, V-Belt bagi penyaman udara, sistem hidraulik stering, pam cecair penyejuk dan juga alternator perlu diganti semasa penukaran tali sawat pemasaan. Bagi kereta yang menggunakan timing chain, ia menggunakan serpentine belt yang menggabungkan semua belt dalam satu belt sahaja.
Serpentine belt ini biasa perlu ditukar sekitar 90,000-110,000km bergantung pada cara pemanduan kita. Bagi mengurangkan parasitic lost ini, sesetengah enjin akan menggunakan pam cecair penyejuk berkuasa elektrik yang akan diaktifkan secara automatik. Stering kuasa elektrik pula akan digantikan dengan stering berkuasa elektrik.
Semua ini dilakukan bagi meningkatkan kecekapan enjin dan mengurangkan parasitic lost. Bagi kereta teknologi hibrid, pemampat peyaman udara akan digantikan dengan pemampat berkuasa elektrik yang tidak bergantung pada putaran enjin untuk beroperasi terutama ketika operasi Start Stop dimulakan.
Pemampat penyaman udara akan mencuri sedikit kuasa enjin menyebabkan enjin seperti terasa lemau sedikit ketika ia beroperasi. Malah sesetengah pengeluar telah mereka sistem ECU yang akan memutuskan sambungan enjin dengan pemampat penyaman udara ketika enjin memecut laju dan dipandu secara agresif.
Adalah normal untuk anda rasakan penyaman udara terasa tidak sejuk jika memandu secara agresif dan kemabli sejuk bila anda mula memandu secara normal. Anda juga boleh mematikan penyaman udara secara manual bagi kereta anda yang kurang berkuasa ketika melalui jalan mendaki dan memerlukan anda memotong kenderaan berat dan perlahan. Barulah rasa power sedikit ketika memotong.