Buletin

BILIK PAMERAN TRAK FOTON DAN JMC RASMI DIBUKA DI JOHOR BAHRU

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) baru-baru ini melancarkan bilik pameran terkini di Bukit Indah, Johor Bahru sebagai komitmen untuk mengembangkan lagi rangkaiannya di wilayah Selatan.

Pembukaan bilik pameran itu dilihat sesuai kerana populasi Johor Bahru yang kian berkembang serta dekat dengan Singapura.

Bilik pameran baharu TCTS terletak di Wisma Tan Chong, No. 2, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor. Ia mempunyai kawasan binaan seluas 2,912 kaki persegi yang boleh mempamerkan sebuah trak komersial ringan, trak pikap dan satu ruang rehat untuk pelanggan.

Bilik pameran tersebut akan menawarkan produk-produk jenama Foton dan JMC. Antaranya seperti trak tugas berat (Foton Auman), trak tugas ringan (Foton Aumark) dan trak pikap 4X4 AT (JMC Vigus Pro).

TCTS juga bekerjasama rapat dengan Angka-Tan Motors, pengedar rasmi kenderaan Foton dan JMC serta Prinsipalnya.

Sehingga kini, TCTS disokong oleh rangkaian 3S di bandar-bandar utama termasuklah 2 di Lembah Klang, 3 di wilayah Selatan, 3 di kawasan Utara dan 8 di Malaysia Timur. TCTS akan terus membangun dan meningkatkan kewujudannya pada masa depan. 

Waktu operasi bilik pameran di Bukit Indah adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat: 8.15am – 6.15pm

Sabtu – Ahad dan Cuti Umum: 10.00am – 4.00pm

Untuk pertanyaan lanjut atau sesi pandu uji, orang ramai boleh menghubungi bilik pameran di talian: 016-783 3344

GALERI

Google ads
Back to top button