BOMOH HUJAN MOTOGP DIMINTA BERTAUBAT
Pawang hujan yang mencuri tumpuan ramai semasa perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika baru-baru ini menerima kecaman daripada pelbagai pihak, terutamanya rakyat Indonesia sendiri.
Menurut laporan Suara.com, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari itu dilihat basah kuyup ketika cuba ‘menghentikan hujan lebat’ yang membasahi Mandalika sehingga jadual perlumbaan terpaksa ditangguhkan.
Aksi Rara mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, malah media asing juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenainya.
Kebanyakan pengguna media sosial di negara ini menzahirkan rasa malu dengan aksi Rara. Malah ada juga yang memintanya supaya bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas melanggar syarak Islam.
“Diharapkan dapat mengharumkan nama Indonesia, sebaliknya memalukan negara, malah menjadi ejekan semua orang,” tulis seorang pengguna Twitter.
Ada juga pengguna media sosial yang menyatakan mereka tidak sanggup melihat Rara berjalan dalam hujan sambil membawa peralatannya untuk menghentikan hujan.
“Hujan itu adalah fenomena semula jadi yang mana mungkin ditegah atau dihalang daripada berlaku.
“Jika hujan boleh dihalang, maka tidak akan berlaku bencana banjir di dunia ini,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Terdapat pengguna yang meminta Rara bertaubat segera kerana perbuatannya boleh menjadi syirik. “Taubat segera Rara, jangan menyekutukan Allah SWT,” kata pengguna tersebut.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan Rara membodohkan diri sendiri. – Utusan Online
- BACA: BUKA KOTAK JENTERA WSBK DUCATI, TINDAKAN BODOH DAN MEMALUKAN NEGARA – TENTERA BAWANG INDONESIA
- BACA: BUNYI JENTERA MOTOGP BUAT KAMI SAKIT HATI – PEMILIK TANAH LITAR MANDALIKA
- BACA: JUALAN PERLAHAN, PENJAWAT AWAM DIWAJIBKAN BELI TIKET MOTOGP DI MANDALIKA
- BACA: GP INDONESIA DI LITAR MANDALIKA MINTA BANTUAN BOMOH HUJAN