Motosikal

BUAT WHEELIE ATAU STOPPIE DI AUSTRIA? ANDA BOLEH DIDENDA SEBANYAK RM234K!

Austria baru-baru ini meluluskan satu undang-undang yang akan menyebabkan penunggang motosikal melakukan wheelie didenda sebanyak €10,000 (RM234,000).

Persekutuan Penunggang Motosikal British (BMF) baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan Austria akan menghalang aktiviti wheelie, stoppie dan samseng jalan raya. Jika didapati bersalah, motosikal juga akan disita selama tiga hari.

Usaha itu dilihat sebagai sebahagian daripada langkah mengharamkan aktiviti lain termasuklah membuat aksi donut, drift dan sebagainya.

Hukuman baru itu memang tegas, tetapi bukan mudah untuk dikuat-kuasakan. Contoh mudah, agak mustahil untuk penunggang motosikal membuat aksi wheelie atau stoppie di tengah bandar. Sebaliknya, mereka akan berbuat demikian di jalan-jalan kampung yang lengang.

Jadi, penguatkuasaan memerlukan polis berada di setiap ceruk jalan di negara tersebut. Apa pun, pelaksanaan undang-undang itu nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penunggang motosikal di Austria.

Google ads
Back to top button