
BUGATTI VEYRON RM9.17 JUTA RONALDO LANGGAR TEMBOK DI MAJORCA
Salah satu daripada dua kereta mewah yang dihantar khas oleh bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo ke Majorca untuk percutian musim panas keluarganya terbabit dalam kemalangan.
Bugatti Veyron milik penyerang Manchester United bernilai £1.7 (RM9.17 juta) dilaporkan melanggar tembok kediaman di Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca, di mana Ronaldo sedang bercuti bersama keluarganya.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11 pagi dan mana kereta berkenaan ketika itu dipandu oleh pengawal peribadinya.
Pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dipercayai terdapat lebih daripada seorang berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Bahagian hadapan supercar itu bagaimanapun mengalami kerosakan yang agak teruk. Polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan dan benggan memberi sebarang komen.
Bugatti Veyron itu merupakan hadiah hari jadi daripada pasangan Ronaldo yang diterbangkan dari Manchester untuk percutian itu.
Bugatti berkenaan antara sebahagian koleksi kereta mewah milik Ronaldo selain Aston Martin, Bentley dan Ferrari Monza.
Ronaldo turut memiliki Bugatti Centodieci, model edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit. – Harian Metro
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA
- BACA: BOSAN DUDUK RUMAH, RONALDO BELI BUGATTI CENTODIECI BERHARGA RM46 JUTA
- BACA: PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA
- BACA: ISTERI HADIAHKAN CRISTIANO RONALDO CADILLAC ESCALADE BERHARGA RM845K