Buletin

AUDI Q3 BAHARU 2019. LEBIH BESAR, LEBIH SPORTY

Pasaran SUV mewah sememangnya sedang “panas” pada hari ini. Semua pengeluar berlumba-lumba menghasilkan produk terbaik mereka dan ini pula generasi kedua Audi Q3 yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Eropah.

Rekaannya lebih agresif dan sporty, tak seperti rekabentuk model pertama yang lebih ke arah ekskutif dan sedikit rasa makcik-makcik. 

Model baru ini juga lebih besar. Sekali imbas, jelas ia mengambil bahasa badan dari abang besarnya Q8. 

Rekaan keseluruhannya lebih berotot bersama Teutonic sisi yang segar. Reka bentuk lampu dengan LED lebih “tipis” dari sebelumnya, sama seperti kebanyakan garis reka Audi model baru. Gaya belakang juga kelihatan sangat Audi dengan lampu belakang LED dan tips ekzos yang diintegrasikan bersama.

Mungkin salah satu perkara yang paling penting untuk diberitahu tentang Q3 baru adalah dimensinya kini yang lebih besar. Ia membesar dengan panjang 3.8 inci, hampir satu inci lebih lebar, dan jarak roda 3 inci lebih panjang.

Dimensi dalaman juga lebih luas tetapi anehnya, Audi tidak mengeluarkan sebarang nombor. Pertambahan ruang jelas pada bahagian kaki, kepala, dan bahu dan kerusi belakang bergerak hampir 6 inci lebih jauh dari model sebelumnya. Kerusi belakang juga boleh dilipat dalam konfigurasi 40/20/40.

Ruang kargo juga telah meningkat. Model sebelum ini menawarkan 472 liter dengan tempat duduk belakang, dan1,424 liter jika kerusi dilipat rata. Q3 baru ini pula meningkatkan dimensi masing-masing kepada 529 liter dan 1,526 liter.

Bahagian kokpit diserlahkan oleh kluster instrumen digital standard Audi. Pembeli boleh menaik taraf kepada sistem Kokpit Maya yang menonjolkan kelompok cluster tolok digital 10.25 inci yang lebih besar.

Konsol pusat ini terdiri daripada skrin sentuh 8.8 inci yang mengawal sistem infotainment, dengan skrin sentuh 10.1 inci pilihan pada Q3s teratas. 

Dan seperti Q8, Q3 baru datang dengan teknologi futuristik. Satu contoh yang menarik dipanggil kawalan suara bahasa semulajadi yang dikatakan sebagai peningkatan besar terhadap sistem kawalan suara masa lalu.

Ia juga datang dengan teknologi lain termasuk maklumat trafik dan tempat letak kereta, keupayaan carian internet yang lebih baik, dan hotspot Wi-Fi. Apple CarPlay dan Android Auto juga boleh didapati.

GALERI

 

Google ads
Back to top button