Buletin

HONDA CUB, 100 HARI, 18,000KM – LELAKI KOREA INI BUKTIKAN CINTANYA PADA NURBURGRING

Apakah yang menyebabkan anda boleh buat keputusan luar biasa menunggang sejauh 18,000 kilometer semata-mata nak ke litar idaman peminat automotif seluruh dunia?

Tiada siapa yang boleh beri jawapan tepat. Ada orang dimotivasi oleh cabaran. Ada orang memang sengaja memilih jalan sukar untuk sampai ke lokasi tujuan walapun mampu menggunakan pengangkutan yang selesa.

Konvoi Wazi Abd Hamid telah buktikan menerusi konvoi motosikal cub Modenas dari KL ke Mekah pada Julai lepas. Banyak lagi konvoi overlander yang dilakukan oleh raider tempatan ke seluruh dunia atas tujuan berbeza. Anita Yusof antara yang terbaru, melengkapkan konvoi wanita solo dengan Yamaha FZ150i mengelilingi dunia.

https://www.instagram.com/p/BH–3soDPLQ/

Kebanyakan perjalanan ini bergantung kepada penaja kerana perbelanjaan yang diperlukan bukan sedikit. Tapi ini lebih luarbiasa bagi seorang lelaki dari Korea yang hanya konvoi suka-suka. Bukan dari Kodiang ke KL, tapi dari Korea ke Jerman, keseluruhan perjalanannya merangkumi jarak 18,000 kilometer dan ia dilakukan dengan sebuah Honda Cub 110cc!

BACA – HONDA CUB EV, KE PASARAN 2018

BACA – RS150R, SUPERCUB TERBAIK DALAM PASARAN

Lee Jaeyeong melakukan perjalanan solo merentasi benua Asia, Rusia, Itali dan Switzerland terus ke Jerman.  Ia dilakukan untuk memenuhi impiannya untuk menunggang di litar paling mahsyur di mukabumi, Nurburgring. Perjalanan merentas benua itu memakan masa kira-kira 100 hari melewati 13 buah negara.

https://www.instagram.com/p/BKfbNP5DRsL/?taken-by=jaeyeong_92

Beliau bukan sahaja berpeluang menunggang motosikalnya di litar lagenda itu tetapi turut mendapat tawaran sebagai penumpang sebuah kereta lumba. Dipandu oleh pemandu profesional, Lee bertuah kerana dibawa “bersiar-siar” dalam kereta SEAT Leon Cupra spesifikasi litar. Pengalaman beliau boleh ditonton dalam video di bawah.

Selepas melengkapkan misinya di Nurburgring, beliau tidak terus pulang ke Korea sebaliknya meneruskan perjalanan ke Eropah. Beliau ingin menghabiskan travelog dengan melawat tempat-tempat menarik di benua tersebut.

Syabas Lee!

 

 

 

Google ads
Back to top button