Buletin

HONDA MULA JUAL ENJIN CIVIC TYPE-R DI AS – RM27,600 SEUNIT

Honda hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjual enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang dipasang pada Civic Type-R secara berasingan.

Pengumuman penjualan enjin yang berjaya menobatkan Civic Type-R sebagai jentera produksi pacuan roda hadapan paling paling laju di dunia itu dibuat pada acara pameran Specialty Equipment Market Association (SEMA) di Amerika Syarikat (AS).

Enjin itu boleh dibeli menerusi program Honda Racing Line yang dikendalikan oleh pihak Honda Performance Development.

Program Honda Racing Line yang menawarkan alat-alat ganti berprestasi tinggi sejak sekian lama akan menjual enjin tersebut pada harga AS$6,520 (RM27,600) seunit, termasuk kos penghantaran.

Sebelum ini, pengguna di AS memang cemburu dengan para peminat Honda di pasaran Eropah. Ini kerana mereka boleh memasang kereta masing-masing dengan enjin Civic-Type-R.

Penantian itu kini berakhir kerana enjin K20C1 berkuasa 306hp itu boleh dibeli oleh para pelumba amatur dan profesional di AS. Ini ialah enjin produksi Honda paling berkuasa Honda yang pernah dijual di negara Uncle Sam tersebut.

Sedia maklum bahawa enjin berkuasa tinggi dan Civic Type-R merupakan menifestasi semangat, pengalaman dan warisan perlumbaan Honda.

Jadi, penjualan enjin itu dilihat sebagai komitmen jangka panjang Honda dalam menyokong perlumbaan di peringkat akar umbi.

Google ads
Back to top button