Buletin

HYUNDAI IONIQ CKD DILANCARKAN – BERMULA RM 99,888 SEUNIT

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) hari ini melancarkan model hibrid pertamanya, IONIQ di Malaysia. Model pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan pada harga bermula RM99,888 seunit. Harga itu dilihat cukup berbaloi jika dilihat kepada ciri yang dimilikinya. 

IONIQ didatangkan dalam dua varian iaitu HEV dan HEV Plus. Versi Plus yang berharga RM114,165 seunit (di atas jalan termasuk insurans) hadir bersama ciri keselamatan dan kemudahan yang lebih banyak.

hyundai-ioniq-launch-2016-mekanika-10

“Hyundai Motor Company sememangnya mempunyai kepakaran dalam menghasilkan rangkaian kuasa elektrik menerusi kenderaan sel bahan api elektrik, hibrid dan plug-in hibrid di seluruh dunia. Justeru, kami yakin IONIQ akan diterima baik oleh pengguna di Malaysia,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun.

IONIQ dikuasakan oleh enjin yang baru dibangunkan, Kappa 1.6 Atkinson GDI empat silinder. Dengan kecekapan termal mencecah 40 peratus, enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 105PS dan tork 147Nm @ 4,000rpm.

hyundai-ioniq-launch-2016-mekanika-8

Motor elektriknya pula memberikan kuasa maksimum 103.6kW (141PS) dan tork 265Nm pada gear pertama serta 235NM untuk gear kedua hingga keenam. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear baharu enam kelajuan berkembar (6DCT) yang sangat efisien.

Dengan rekaan sebuah hatchback kompak, model tersebut mempunyai daya seretan serendah 0.24 Cd. Bahagian hadapannya diserlahkan menerusi sepasang lampu Bi-xenon dan lampu LED berbentuk C.

hyundai-ioniq-launch-2016-mekanika-9

Model hibrid ini didatangkan dalam tujuh warna pilihan iaitu hitam, putih, perak, kelabu, biru dan oren (varian HEV Plus sahaja). Ia kemudian dipasang dengan rim dua tona bersaiz 15 atau 17 inci.

Dari segi keselamatan, IONIQ dilengkapi sistem Vehicle Stability Management (VSM), Sistem Parkir Depan Belakang, tujuh beg udara, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

BACA: HYUNDAI IONIQ SAINGI TOYOTA PRIUS

BACA: HYUNDAI IONIQ HYBRID SUDAH BOLEH DITEMPAH

Bagi varian HEV Plus, ia ditambah dengan Sistem Pengecas Tanpa Wayar untuk peranti mudah alih, Blind Spot Detection (BSD), Lane Keeping Assist System (LKAS), Automatic Emergency Braking System (AEB), Smart Cruise Control (SCC) dan Rain Sensor.

hyundai-ioniq-launch-2016-mekanika-6

Pada ruang kabin pula, ia tampil dengan rekaan futuristik dan kemas. Papan pemuka dipasang dengan skrin TFT bersaiz tujuh inci beresolusi 1280 x 720 piksel.

Sempena pelancaran IONI, HDM turut melancarkan Program Care Plus yang merangkumi lima elemen:

• Jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000km

• Jaminan tanpa had perbatuan selama lapan tahun untuk bateri. Bateri juga berhaga kurang RM10,000 jika ia perlu ditukar

• Servis percuma merangkumi alat ganti, kos buruh dan minyak enjin selama tiga tahun atau 60,000km

• Insurans Jaminan Perlindungan Auto (GAP) – Jika kereta diisytihar sebagai total loss dalam tempoh tiga tahun pemilikan akibat kemalangan. pelanggan akan dibayar kembali sepenuhnya (100 peratus nilai kereta).

• Kadar faedah serendah 2.28 peratus.

Google ads
Back to top button