Buletin

JOSÉ MOURINHO MEMBUAT KEJUTAN DENGAN MELAWAT KILANG JAGUAR

Pengurus pasukan bolasepak terkemuka di planet bumi, José Mourinho baru-baru telah melakukan kejutan kepada pekerja kilang milik Jaguar Land Rover di Solihull dengan melawat mereka bagi melihat dengan lebih dekat pembuatan model  F-PACE, yang juga merupakan bakal menjadi milik Mourinho kelak.

BACA : SUV JAGUAR F-PACE – BERMULA RM598,800 SEUNIT

BACA : JAGUAR F-TYPE PROJECT 7 EDISI TERHAD

Ironinya, pada tahun 2014 José Mourinho adalah pelanggan pertama di United Kingdom untuk menerima model F-Type Coupe, sebuah kereta sukan yang premium. Dan kali ini, Pengurus Manchester United ini adalah merupakan pelanggan ke 100,000 bagi model Jaguar F-PACE, sebuah SUV yang laju lagi mewah.

Sebaik sahaja tiba di kawasan kilang yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Old Trafford, José Mourinho terus memberikan kata-kata perangsang serta motivasi kepada para pekera tentang kebanggaan produk yang mereka hasilkan serta bagaimana untuk untuk tidak kalah kepada pasukan Liverpool dengan menggunakan formasi 8-1-1.

Apa yang menariknya, Pengurus berasal dari Portugal itu yang dengar khabarnya turut mempunyai makcik saudara di Kg Portugis, Melaka terus membuat kejutan dengan turun padang sehingga ke bahagian pengeluaran untuk melihat dengan lebih dekat lagi pembuatan model yang bakal menjadi milik beliau sedikit masa lagi. Tinjau sikit-sikit acah-acah mandor, tipikal seorang Pengurus bolasepak.

Menurut Pengarah Rekabentuk Jaguar, Ian Callum, berkata “Ianya adalah sesuatu yang hebat apabila seseorang Pengurus Bolasepak yang handal memandu F-PACE, SUV kami yang telah pun memenangi kereta terbaik dan kereta tercantik di dunia oleh juri 2017 World Car of the Year. Sama seperti José Mourinho ianya adalah berkenaan gaya individu dan juga prestasi.”

F-PACE ini adalah model yang paling laku keras dan ianya juga adalah model yang paling pantas jualannya mencecah ke 100,000 unit.

Menariknya tentang Mourinho, pada 2016 beliau sendiri terlibat dalam sesi pandu uji melibatkan keadaan pemanduan yang laju serta ekstrem. Mourinho telah memandu sejauh 60km dengan kelajuan maksimum di atas permukaan tasik yang membeku di Arjeplog, Sweden, sebuah fasiliti ujian milik Jaguar sendiri.

Jaguar F-PACE ini menawarkan prestasi, rekabentuk serta praktikaliti kepada pembeli. Maka ujian-ujian yang dijalankan bagi memastikan  setiap fungsi sisterm yang terdapat padanya mampu bertahan dalam apa juga situasi. Dan untuk padanan antara Pengurus terkenal dengan The Special One, pasti sajak memandu F-PACE ini ketika memasuki Aon Training Complex.

Google ads

B K

Back to top button