Buletin

KARNIVAL MEGA MOTOGP DI SIC

Panas terik yang mencecah 40 darjah selsius tidak menghalang para penonton perlumbaan Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix 2014 untuk berseronok. 

SONY DSC

Ini kerana sepanjang dua hari acara tersebut berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam karnival mega MotoGP.

Antaranya termasuklah aksi stunt daripada Aaron Twite. Twite yang merupakan pemegang gelaran juara berganda XDL World Championship Circle Challenge dan drift mengujakan orang ramai dengan aksi beraninya.

MotoGP-mega-carnival-mekanika (1)

“Sejak Karnival Mega MotoGP dimulakan pada tahun 2012, maklum balas yang diterima oleh orang ramai amat memberangsangkan. Jumlah peniaga juga bertambah daripada 60 kepada lebih 80 buah gerai pada tahun ini.

“Sebanyak 65 gerai pada tahun ini menawarkan para peminat jentera dua roda dengan semua produk yang mereka inginkan. Lebih menarik lagi, pelbagai diskaun dan promosi turut diberikan, eksklusif untuk Karnival Mega MotoGP ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

SONY DSC

Ada peniaga yang datang dari jauh. Misalnya Miguel Ramos yang merupakan pemilik perniagaan Autographed Collectables. Pertama kali mengambil bahagian dalam Karnival Mega MotoGP, Ramos menjual barangan koleksi asli seperti topi keledar, pelindung lutut dan gambar  yang telah ditandatangani oleh para pelumba MotoGP.

Sudah pasti, gadis-gadis MotoGP antara yang mendapat perhatian ramai. Zoe Lim dari Kuala Lumpur yang pertama kali menjadi gadis MotoGP memberitahu dia dia cukup gembira dengan tugasnya itu.

SONY DSC

“Ini merupakan tahun kedua saya menyertai Malaysian MotoGP sebagai gadis MotoGP. Ia memang satu pengalaman yang menyeronokkan,” kata seorang lagi gadis MotoGP, Cadee Ong.

Karnival ini dimeriahkan dengan kehadiran jenama-jenama besar seperti Shell, Dorna, Repsol, Petronas, Eneos, Motul, Benelli Keeway, Kawasaki,

Ducati, Naza, Boon Siew Honda, BMW Motorrad, KTM CBU, Chear Motor, Hong Leong Yamaha, Suzuki, Modenas, Red Bull dan Tourism Malaysia. 

SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai Karnival Mega MotoGP, sila layari laman web: www.sepang circuit.com atau ikuti perkembangannya di Facebook: www.facebook.com/sepanginternationalcircuit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button