Buletin

NAK TUNJUK HANDAL, PERDANA LANGGAR PORSCHE 911 GT3 RS – MASAK LAH KAU NAK BAYAR

Memandu secara melulu memang tidak pernah menguntungkan sesiapa. Kali ini, seorang pemandu Proton Perdana pasti akan menyesal seumur hidup atas sikap tidak bertanggungjawabnya itu.

Ini kerana kegagalan mengawal kereta yang dipandu laju menyebabkan dia terlanggar sebuah Porsche 911 GT3 RS.

Sebagaimana yang kita tahu, Porsche 911 GT3 RS bukanlah lah murah, harganya mencecah RM1.75 juta seunit di Malaysia. Dengan harga sebegitu, kos membaikinya mestilah neraka mahalnya.

Dalam satu rakaman video yang tular di internet baru-baru ini, sebuah Proton Perdana dilihat memandu laju menyelit di antara kereta di sebatang jalan dipercayai di Kuala Lumpur.

Malangnya, aksi begitu memakan diri apabila ia terbabas dan terus melanggar bahagian hadapan Porsche yang berada di laluan paling kiri. Ia kemudian berpusing melanggar penghadang jalan dan dilanggar pula oleh Porsche berwarna putih berkenaan.

Jika diteliti, Proton Perdana itu terbabas kerana hendak mengelak sebuah Naza Citra yang menukar haluan tanpa memberi isyarat. Ini pun bangang juga.

Jika dilihat kepada gambar yang ada, tahap kerosakan pada Porsche tersebut agak serius. Bampar hadapannya remuk teruk, selain calar yang jelas pada bahagian sisinya.

Video yang dimuat naik oleh Malaysian Viral berdurasi 1 minit 10 saat sejak 28 Mei 2018 itu setakat ini telah ditonton lebih 3,100 kali.

“Mandi lah bro, macam mana nak cover tu.. Kesian, tapi padan muka,” komen De Odin.

Google ads
Back to top button