Buletin

PROTON SAGA PLUS: 5 CIRI BAHARU, HARGA SAMA

 

Disifatkan sebagai model paling popular di Malaysia dengan lebih 500,000 unit terjual sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan lapan tahun lalu, Saga generasi kedua dilihat akan meneruskan kejayaan tersebut.

Proton-Saga-Plus-mekanika (1)

Saga menjadi pilhan ramai rakyat Malaysia kerana ia menawarkan prestasi enjin yang memuaskan, penjimatan bahan api, ruang dalaman luas, keselesaan dan keselamatan.

Bagi menawarkan pengguna dengan kereta yang bernilai untuk wang, Proton hari ini melancarkan varian baharu Saga, dikenali sebagai Saga Plus.

Masih dikuasakan oleh enjin sama iaitu Campro IAFM bersesaran 1.3 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual atau CVT, Saga Plus ditawarkan pada harga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.

Proton-Saga-Plus-mekanika (2)

Orang ramai boleh melihat Saga Plus secara dekat di semua bilik pameran Proton mulai esok (15 Ogos 2015).

Bertindak sebagai pengganti varian sedia ada seperti Saga SV, Executive dan SE, Saga Plus hadir bersama lima ciri baharu tanpa sebarang penambahan harga. Penambahbaikan tersebut ialah bodykit penuh, spoiler, garnish belakang yang sama dengan warna badan dan tanda gred ‘Plus’.

Saga Plus kini sudah boleh ditempah serta didatangkan dalam lima warna menarik iaitu hitam, merah, perak, putih dan coklat. Proton juga menawarkan jaminan selama tiga tahun atau 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button