Artikel PilihanBuletin

TMJ PUN BAWAK KANCIL. KENAPA KITA MALU BAWAK PROTON WIRA?

Bila bercakap tentang kereta, semua orang mahu “gaya”. Petang tadi, kami post sebuah Lancer EVO III untuk dijual. Tipikal komen biasalah, “Alah nanti orang cakap Wira”

Masalahnya, kenapa fikir apa orang nak cakap? Beli kereta adalah kerana kemahuan dan kemampuan kita sendiri. Beli sebab kita nak pakai dan bukan sebab nak hadap apa jiran nak kata.

Melainkan jiran kau yang tolong hulur duit bayar bulan-bulan, maka bolehlah nak jaga hati mereka. Selain daripada tu, tak payah nak susah hati apa orang nak cakap.

Baiklah.

Ini cerita pagi tadi. Menurut entri yang dimuatnaik oleh saudara Muhammad Jefreel di laman facebook beliau, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Larkin Sentral oleh. Pejabat Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor yang terletak di Bangunan Larkin Sentral.

Lebih menarik lagi, TMJ tidak datang naik Rolls Royce atau kereta mahalnya yang lain. Baginda naik Perodua Kancil.

Menurut status yang pernah disiarkan oleh laman web JST (Johor Southern Tiger), TMJ memberitahu bahawa ia adalah kereta pertama yang dihadiahkan oleh Ayahandanya sewaktu beliau lulus ujian lesen memandu

“Inilah kenderaan pertama saya yang dikurniakan kepada saya oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sewaktu saya memperolehi lesen kenderaan buat pertama kalinya.”

kredit video : Muhammad Jefreel

kredit foto: Johor Southern Tiger

https://www.facebook.com/NewUsedCarDealerJB/videos/10214701058812780/

Google ads
Back to top button