Buletin

UBER & GRABCAR, MENDEPANI TEKNOLOGI DENGAN APLIKASI

Anda pernah guna perkhidmatan Uber atau Grabcar? Ya, aplikasi telefon ‘underground’ yang menggunakan lompong undang-undang sedia ada. Semenjak kebelakangan ni, penguatkuasa terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak mampu untuk menentang teknologi. Ia adalah perlumbaan mengejar masa, lambat atau cepat, teknologi tetap akan datang dan ia bergantung bagaimana cara kita mengendalikannya

uber grab (4)

Jujurnya, saya tak pernah gunakan perkhidmatan ni, tapi saya ada ramai kenalan yang memilih Uber dan Grabcar berbanding teksi KL yang casnya kadang-kadang ikut sukahati dan suka-suka nak pergi kalau tak suka, dia tak mau hantar. Benda ni saya pernah tulis lama dulu, tapi dari zaman anak kecik sampai sekolah, mutu servis teksinya sama saja.

Apa yang jadi isu sekarang ialah orang awam boleh cari makan dengan jadikan kereta persendirian sebagai kenderaan pengangkutan awam macam teksi sapu, hanya menggunakan aplikasi tadi. Tapi ia tidaklah semudah itu, kena banyak proses pendaftaran aplikasi pengesahan identiti.

uber grab (3)

Sebenarnya, bayaran tambang aplikasi ni bukanlah murah tapi masih munasabah kalau dibandingkan dengan SERVIS. Sekali petik, tunggu beberapa minit dan kereta akan sampai membawa anda dari poin A dan B tanpa banyak soalan. Kalau tak puas hati, boleh komplen terus ke pengendali apps ni dengan feedback buruk, sekejap saja bengkok driver tu. Anda boleh buat benda tu dengan teksi merah putih? TIDAK.

Saya melihat dari perspektif berbeza, aplikasi begini telah membuka mata semua betapa orang perlukan pilihan. Saya ada pengalaman sendiri naik MPV dengan bayaran premium dari KLIA sampai KL. Tidak murah, dekat RM300 sehala. Memandangkan beg dan barang yang banyak, saya anggap macam berbaloi tapi bila sampai di pintu terminal (setelah bayar kupon), datang sebuah Kia Pregio yang uzur sangat dah. Saya ada van yang digunakan untuk bawak barang tapi Kia ni lagi teruk dari itu. Boleh bayangkan kalau pelancong yang datang dan impresi pertama mereka macam mana.

uber grab (2)

Bukan sekali, tapi banyak kali dah kalau nak ikutkan servis pengangkutan awam kita memang kelaut. Kadang-kadang orang tak pertikai pasal harga tapi servis biarlah padan dengan harga yang dibayar. Inilah jadinya bila yang buat undang-undang pun tak fasih mana pasal peraturan, bila ada kepentingan permit, undang-undang dicetak ikut kepentingan sendiri. Kebajikan pengguna diletak pada senarai kulit belakang sekali.

Benda ni diulas oleh ramai orang dan dibincang banyak kali di media, namun natijahnya tak kemana. Itu belum kira prioriti perlaksanaan undang-undang. Sibuk ke saiz nombor plet tapi lori lebih muatan, permit tak ada dan entah-entah plet nombor pun entah betul ke tidak kita pun tak tau. Sekali eksiden berjemaah masa tulah menteri duk pung-pang pung pang tapi kesudahannya tak ada. Lepas tu eksiden lagi dan lagi dan lagi.

uber grab (1)

Apa pilihan yang kita ada saya pun tak tahu, kadang-kadang rasa hopeless dengan cara sesuatu isu dikendali. Dalam kes aplikasi ini, SPAD kata ia tidak diharamkan. Tetapi masih belum ada hitam putih bagaimana prosedur harus berjalan.

Dalam masa yang sama, tak ada pihak yang mendepani isu pemandu teksi. Banyak perkara yang boleh diulas dengan kualiti teksi tetapi ianya takkan selesai kalau tak ada yang ambil inisiatif. Selesaikan masalah dulu dari dasarnya. Bukan semua pemandu teksi tu teruk. Ramai juga yang jaga servis lebih baik dari Uber&Grab tadi. Tapi siapa yang benar-benar mewakili mereka?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button