
BYD ATTO 3 ULTRA KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM123,800
BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, melancarkan BYD ATTO 3 ULTRA untuk pasaran tempatan.
BYD ATTO 3 ULTRA boleh dimiliki pada harga RM123,800 dengan pilihan warna luar Ski White (Putih), Harbour Grey (Kelabu) serta Cosmos Black (Hitam).
Sementara, warna dalam pula didatangkan dengan tempat duduk hitam bersama kemasan jahitan kuning.
Dari segi penggayaan luar, ia tampil dengan beberapa ciri baharu seperti reka bentuk rim baharu, melengkapi profil aerodinamik kenderaan dan mengukuhkan daya tarikan kontemporarinya.

Di bahagian dalam, BYD ATTO 3 ULTRA hadir dengan ruang dalaman serba hitam bagi menyerlahkan gaya estetika yang sekata dan premium. Bukan itu sahaja, jahitan kontras kuning menggantikan warna merah yang terdahulu, menambah sentuhan gaya sukan.
Kelengkapan masih kekal sama; dilengkapi sistem audio lapan pembesar suara, pemegang pintu dengan pencahayaan ambien – kesesuaian pelbagai warna dengan ritma muzik, kemasan hitam pada papan pemuka serta tempat duduk, yang diserlahkan lagi melalui kemasan merah.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pengecas tanpa-wayar, skrin infotainment 15.6-inci serta menerima ketersambungan Android Auto/ Apple CarPlay dan sistem penapisan PM2.5.
Ciri-ciri lain yang dinaik taraf termasuklah Kunci Digital (NFC), membolehkan pemandu membuka kunci pintu dan menghidupkan enjin kenderaan dengan satu ketikan mudah pada telefon pintar atau peranti.

Selain itu, fungsi Kekunci Bluetooth membolehkan akses melalui aplikasi BYD tanpa memerlukan sambungan Internet, menjamin kemudahan tanpa gangguan.
Beralih pada kuasa, BYD ATTO 3 ULTRA masih dijana oleh motor elektrik tunggal memacu roda hadapan, menghamburkan 204PS dan tork 310Nm.
Menerusi pek bateri Blade litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 60.48kWh, ia menawarkan jarak gerak sejauh 480km dalam kitaran NEDC.
Untuk ciri keselamatan, ia menerima kelengkapan seperti berikut:
- Enam-beg udara bersama tambahan beg udara tengah untuk pemandu
- Bantuan menurun cerun
- Penderia parkir hadapan dan belakang
- Kamera pemantau 360-darjah
- Brek auto-hold
- Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran hadapan
- Cruise control adaptif dengan fungsi stop & go
- Amaran pelanggaran belakang
- Pemantau titik buta
- Amaran buka pintu
- Amaran lintasan trafik belakang
Seperti dinyatakan di atas, BYD ATTO 3 ULTRA boleh dimiliki pada harga RM123,800.

Untuk 1,000 pelanggan pertama, BYD Sime Motors turut menawarkan promosi pembeli awal eksklusif.
BYD ATTO 3 ULTRA – Pakej Pelancaran ULTRA:
- Rebat Tunai Jimat & Cas RM5,000
- Pakej Servis 8 Tahun (bernilai RM4,888)
- Pengecas Dinding 7kW Percuma (bernilai RM3,699)
- Alat Penyesuai V2L Percuma (bernilai RM988)
- Kabel Jenis 2 Percuma (bernilai RM 1,796)
- Internet Tanpa Had Percuma selama 2 tahun
- Pakej Waranti Komprehensif yang tertakluk kepada Terma dan Syarat:
– Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km
– Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km
– Waranti unit pacuan 8 tahun atau 150,000km
Selain daripada pakej eksklusif, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli pakej Service Plus, yang menawarkan manfaat tambahan seperti penggiliran, penjajaran dan pengimbangan tayar, bersama penggantian bateri 12V tahunan.
GALERI:














- BACA: JARI-MATTI LATVALA JUARA PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI EUROPEAN HISTORIC RALLY CHAMPIONSHIP
- BACA: JAECOO MULA HANTAR J7 PHEV KE PENGEDAR SELURUH NEGARA
- BACA: PAMER KREATIVITI DAN KEMERIAHAN HARI RAYA, #RAYASTYLOWITHS70 PROTON TAWAR HADIAH WANG TUNAI RM42K
- BACA: PUSPAKOM DEDAH KEGIATAN ‘RUNNER’, JUAL SLOT TEMPAHAN RM3.50 JADI RM750