Jika anda adalah anak-anak motosikal dekad 90-an, Cagiva adalah jenama Itali ulung yang dekat di hati. Ia lebih popular dan berprestij berbanding jenama Itali yang lain seperti MV Agusta dan Ducati.
Ya. Ducati tu dulu tak ada siapa peduli pun malah Ducati sendiri dibeli oleh Cagiva pada 1985.
Randy Mamola, Eddie Lawson dan John Kocinski adalah tiga nama penting yang meletakkan nama Cagiva di depan. Jenama ini juga pernah mengungguli MotoGP (dulu dikenali dengan GranPrix) dalam kelas 500cc dan di pasaran Malaysia sendiri, motosikal Mito 125 adalah lambang kemegahan.
BACA: INILAH MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI
Masa tu kau pakai Mito macam pakai Panigale hari ini. Motosikal dua lejang bunyi macam nyamuk, tapi lajunya macam pelesit.
Tapi itu cerita dulu. Sekarang, Cagiva ni tak ada siapa peduli pun. Sejak menjual Ducati kepada Kumpulan Texas Group pada 1996, jenama Cagiva itu sendiri tenggelam dibawa arus masa. Ia tiada produk yang berjaya pun.
MV Agusta, pemilik Cagiva beberapa hari lepas mengumumkan akan mengembalikan semula kegemilangan jenama Cagiva. Cagiva dikatakan akan dikembalikan semula ke pasaran sebagai motosikal elektrik, lebih khusus lagi, motosikal off-road berkuasa elektrik.
Aneh?
Tidak. Motosikal Cagiva pernah unggul dengan model off-road Dual purpose seperti Cagiva Elephant.
Pada era 1990-an, model ini pernah memenangi Rally Dakar malah lama sebelum itu pada 1985, mereka menjuarai kejuaraan Motocross Dunia menerusi model Cagiva WMX.
Presiden kumpulan MV Agusta, Claudio Castiglioni memberitahu mereka akan membina dan bersedia untuk mempamerkannya pada pameran motosikal EICMA di Milan Itali pada tahun ini.
Motosikal elektrik Cagiva untuk off-road.
Entahlah nak…