Motosikal

MODEL KONSEP CAN-AM SPYDER F3 TURBO

Bombardier Recreational Product (BRP) mengemparkan peminat Can-Am Spyder apabila memperkenalkan model konsep terbaharunya yang  menggunakan sistem turbo.

can-am-spyder-f3-turbo-concept-mekanika (1)

Berasaskan kepada Spyder F3, motosikal tiga roda itu dilengkapi enjin Rotax 1,330cc dengan pengecas turbo.

Enjin tiga silinder itu mampu menghasilkan kuasa 150hp dan tork 185Nm. Kuasa tambahan itu membolehkan model konsep itu memecut daripada sifar sehingga 100km/j dalam tempoh cuma 4.3 saat.

can-am-spyder-f3-turbo-concept-mekanika (5)

Ia juga dilengkapi mod Sport yang mampu mengawal drift tayar belakang. Namun, difahamkan model itu bagaimanapun tidak dirancang untuk pengeluaran.

BRP hanya ingin membawa keseronokan, prestasi dan teknologi inovatif jenama itu kepada peminat NASCAR.

BACA – HONDA BANGUNKAN SKUTER 3 RODA

BACA – SKUTER 4 RODA QUADRO4

BACA – TRIKE ELEKTRIK MAMPU BERGERAK 500KM

Didedahkan di Daytona International Speedway, Spyder F3 Turbo Concept dilengkapi ekzos Akrapovic three-into-three.

Warna badan kuning dan penggayaan agresif menyerlahkan identiti model itu. Di bahagian hadapan terdapat dua gril besar yang terpisah. Di atasnya terpasang lampu LED.

can-am-spyder-f3-turbo-concept-mekanika (3)

Pengarah Kejuruteraan Can-Am Spyder, Rénald Plante berkata jurutera Rotax BRP mencabar diri mereka bagi membangunkan enjin versi turbo tersebut.

can-am-spyder-f3-turbo-concept-mekanika (7)

“ Konsep ini memaparkan kelebihan rekaan rangka Y seperti graviti tengah yang rendah, keupayaan melakukan drift dan cengkaman tayar yang mantap ketika mengambil selekoh secara agresif,” katanya.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button