Buletin

CUBA PERANTI HONDA UNI-CUB β DI ISETAN, LOT 10, KL

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk menaiki peranti mobiliti peribadi, Honda UNI-CUB β di gedung membeli-belah ISETAN The Japan Store, Lot 10 untuk tempoh terhad.

Penampilan sulung UNI-CUB β di Malaysia adalah hasil kolaborasi di antara Honda Malaysia dan ISETAN The Japan Store. Orang ramai boleh mencuba teknologi canggih Honda ini selama sepuluh minit.

Demonstrasi sesi ‘menunggang’ UNI-CUB β bermula pada pukul 11:00 pagi hingga 9:00 malam mulai 27 Oktober hingga 24 November 2016. Ia dijalankan di bahagian Teknologi dan Promosi ISETAN The Japan Store.

Honda-Uni-Cub-Malaysia-mekanika (2)

Nama UNI-CUB terbentuk daripada “UNI” dalam “unique”, “universal” dan “unicycle”. Manakala “CUB” pula ialah siri motosikal terkenal Honda Cub yang menunjukkan bahawa peranti ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Peranti itu menampilkan Sistem Roda Arah-Omni (Honda Omni Traction Drive System) yang pertama di dunia. UNI-CUB β memberi kebebasan pergerakan sama ada ke depan, belakang dan sisi dengan hanya mengalihkan berat badan. Sistem roda unik itu kemudian dipadankan dengan tempat duduk yang selesa dan kompak. Teknologi kawalan imbangan UNI-CUB β adalah sebahagian daripada teknologi Honda Robotics.

Honda-Uni-Cub-Malaysia-mekanika (4)

Diperkenalkan pada Mei 2012, UNI-CUB menawarkan kawalan dan mobiliti untuk pengguna di ruang tertutup seperti pejabat, pusat membeli-belah, lapangan terbang, muzium dan perpustakaan. Pada tahun 2013, Honda memperkenal versi yang telah ditambah baik, UNI-CUB β yang lebih mesra pengguna. Setahun kemudian, Honda memulakan perkhidmatan sewaan UNI-CUB β di Jepun.

Google ads
Back to top button