Artikel Pilihan

DARI MANA DATANGNYA ISTILAH TRAK PIKAP? KENAPA BUKAN TRAK HAILAK?

Sebaik sahaja Henry Ford berjaya menghasilkan Ford Model T secara besar-besaran, kereta dengan enjin pembakaran dalam berkuasa petrol secara perlahan-lahan menggantikan wagon yang yang ditarik oleh binatang seperti kuda. Pelanggan mula menggunakan kereta untuk bergerak ke sana-sini dan juga membawa barangan untuk berkerja di ladang

Kebanyakan pelanggan awal Ford membeli Model T dan mengubah sendiri bahagian belakang agar lebih lapang dan luas menjadi “open cab” ataupun “bed” bagi memudahkan mereka membawa peralatan ladang dengan Ford Model T. Malah bahagian belakang bed ini juga kadangkala digunakan untuk membawa keluar hasil ladang ke pusat jualan seperti jagung

Malah Henry Ford sendiri memiliki Ford Model T tahun 1912 dengan kotak kargo dibuat sendiri di bahagian belakang bagi kegunaannya sendiri di ladang. Ya Henry ada hobi suka menanam sendiri makanannya di ladang. Ini memberikan idea kepada Ford bagi menghasilkan sebuah lagi varian Ford Model T yang diberi nama Runabout atau Roadster pada tahun 1925

Ia direka khusus bagi memudahkan pengguna membawa barangan dari satu tempat ke tempat lain (pick up, ambil dan bawa) termasuklah obejk yang berat. Nama pikap ini dipopularkan sendiri oleh Henry Ford yang menggelarkan varian ini “pick up body”. Model ini sangat popular dengan 135,000 unit terjual untuk pasaran Amerika.

Kamus atas talian Merriam Webster mendefinasikan trak pikap sebagai ” sebuah trak kegunaan ringan yang memiliki kabin penumpang tertutup dan kabin terbuka di bahagian belakang dengan penghadang yang rendah di bahagian sisi dan belakang”. Definasi tersebut menggambarkan rekaan trak pikap dan bagi negara Australia ia digelar dengan nama “Ute”

Ia merupakan singakatan atau slang Australia bagi perkataan penuh utility atau kenderaan utility yang popular di kalangan peladang Australia. Ya kadang kala mereka membawa peralatan ladang, membawa binatang ternakan dan juga hasil tanaman untuk dijual.

Sebab tidak mahu ketinggalan, Chrysler Corporation iaitu pesaing Ford turut melancarkan pikap menerusi model Dodge Power Wagon setelah membeli syarikat Dodge. Berbeza dengan pesaingnya yang lain, pilihan enjin Dodge lebih berkuasa (63 dan 78 kuasa kuda) serta dipasang dengan brek hidraulik. Dodge menamakan kenderaan mereka sebagai “half tonne pickup”

Pada tahun 1935, firma kejuruteraan yang terkenal dalam penghasilan kenderaan khas bagi tentera Marmon-Herrington membuat modifikasi pada gandar Ford Model T agar menjadi sebuah kenderaan pacuan 4 roda. Ia menjadi popular bagi kegunaan askar Amerika dan juga sekutu mereka sebagai trak pikap ringan dengan keupayaan 4×4 bagi memudahkanya meredah laluan mencabar

Rekaan asal pikap ialah kabin penumpang hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa dan bahagian belakang dikorbankan bagi meletakkan bed atau open cabin yang digunakan untuk memuatkan barangan. Apabila pelanggan mahukan lebih banyak ruang, istilah double cab atau crew cab mulai timbul.

Ia mampu memuatkan 4 hingga 6 penumpang dalam satu masa bergantung pada saiz dan kebanyakan digunakan oleh syarikat servis dan utiliti seperti syarikat bekalan air dan elektrik. Namun adakalanya ia juga digunakan oleh ahli keluarga bagi bersiar-siar menjadikan ruang dalaman yang asalnya seperti lori mulai berubah menjadi mewah seperti sedan

Daripada hanya 2 pesaing pada asalnya iaitu Ford dan Dodge, trak pikap mulai menarik perhatian syarikat lain seperti Chevrolet, Nissan, Toyota (Tundra bagi pasaran Amerika, Hilux bagi pasaran Asia) dan juga Isuzu. Apabila sebut sahaja pikap, kita akan tahu ia adalah trak ringan, ada ruang kargo terbuka di belakang dan datang dengan pilihan pacuan 4×4

Google ads
Back to top button