Buletin

DASAR EV BAHARU KOREA SELATAN MEMIHAK HYUNDAI, KIA – BERI TEKANAN KEPADA BYD, TESLA

Kerajaan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan dasar baharu yang bertujuan untuk memberikan dorongan kepada pembuat kereta domestik, khususnya Hyundai dan Kia, dalam usaha mereka untuk mengejar trend elektrik terkini.

Dasar baharu ini memperkenalkan subsidi baru untuk kenderaan elektrik (EV), sebagai respons terhadap pemotongan harga dilakukan oleh pengeluar-pengeluar besar seperti Tesla dan BYD, yang menggunakan teknologi bateri LFP (Lithium Iron Phosphate) pada harga lebih murah.

Menurut ketua di Pusat Penyelidikan Perniagaan Hyundai, Yang Jin-Soo, penurunan harga yang dilakukan oleh Tesla tahun lalu, bersama dengan kejayaan BYD, telah memulakan perang harga dalam pasaran EV global.

“Dalam usaha untuk mengekalkan keunggulan domestik, Korea Selatan merancang dasar ini untuk memberi kelebihan kepada pembuat kereta tempatan,” katanya.

Pelan baru ini memperkenalkan geran maksimum sekitar AS$4,800 (RM22,992), pengurangan sebanyak $225 (RM1,077) berbanding polisi tahun sebelumnya.

“Kelayakan untuk subsidi ini bergantung kepada julat, harga, dan jenis bateri kenderaan,” jelasnya lagi.

“Fokus utama terletak pada jenis bateri, dengan Korea mengumumkan perubahan mengurangkan subsidi secara ketara untuk EV bateri berprestasi rendah, seperti bateri LFP dari China.”

BYD berjaya mengatasi Tesla dalam penjualan EV dalam tiga bulan terakhir 2023, menguasai pasaran bateri LFP lebih daripada 40 peratus pasaran.

Ini menandakan betapa pentingnya jenis bateri dalam menentukan kejayaan pasaran EV.

Korea Selatan juga mengubah harga maksimum untuk kelayakan subsidi, dengan menetapkan had pada AS$41,000 (RM196,390), iaitu lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Langkah ini bertujuan untuk menarik lebih banyak pembeli dengan harga yang lebih kompetitif.

Walaupun begitu, subsidi untuk Hyundai dan Kia EV kebanyakannya kekal tidak berubah, di mana, julat jauh bagi model IONIQ 5 dan EV6 adalah 458 km atau 475 km masing-masing, dengan harga sekitar AS$38,000 (RM182,020) hingga AS$36,000 (RM172,440).

Dengan dasar baharu ini, Kerajaan Korea Selatan berharap dapat memberikan dorongan kepada pembuat kereta domestik untuk bersaing dalam pasaran EV yang semakin sengit, sambil menjaga kepentingan serta keunggulan industri kereta tempatan.

Google ads
Back to top button