Motosikal

DAYTONA MOTO2 765 EDISI TERHAD – 765 UNIT SAHAJA, JENTERA MOTO2 YANG BOLEH ANDA BELI!

Selepas mendapat maklum balas positif daripada orang ramai Triumph Motorcycles mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan Daytona edisi terhad pada acara GoPro British Grand Prix di litar Silverstone pada 23 Ogos depan.

Daytona Moto2TM 765 edisi terhad yang merupakan hasil kerjasama unik dengan pihak FIM MotoGPTM World Championship.

Ia juga menjadi motosikal pertama yang dilesenkan secara rasmi oleh penganjur perlumbaan MotoGP, Dorna Sports.SL.

Triumph akan melancarkan dua versi Daytona pada hari berkenaan. Satu model untuk pasaran Eropah dan Asia. Manakala satu lagi versi adalah untuk pasaran Amerika dan Kanada.

Kedua-dua motosikal itu dipasang dengan enjin tiga selinder 765cc yang digunakan pada jentera lumba Moto2. Ia menjanjikan kuasa dan tork paling tinggi pernah ditawarkan pada model 765. Di samping peralatan dan spesifikasi terbaik dan skim warna edisi terhad.

Perincian spesifikasinya akan didedahkan pada 23 Ogos depan dan ditunggang oleh dua orang bekas juara motosikal dunia.  

Inilah motosikal yang paling hampir dengan jentera Moto2 yang boleh anda beli. Dihadkan kepada hanya 765 unit, Triumph menjangkakan permintaan terhadap motosikal itu sangat tinggi.

Tak sabar pula nak tahu spesifikasi penuhnya nanti.

Tags
Google ads
Back to top button